Memphis Depay

Memphis Depay juga menjadi buruan kelab gergasi itali Juventus FC. Namun Juventus perlu bertungkus lumus untuk mendapatkan tandatangan pemain Lyon tersebut kerana beliau menjadi buruan beberapa kelab.

Depay dikatakan habis kontrak bersama Lyon akhir musim ini dan menjadi “free agent” yang diperlukan oleh Juventus.

Pada bulan lepas, nama beliau dikaitkan akan ke Turin namun tidak menjadi kenyataan. Keperluan dirinya juga bukan sahaja dikaitkan dengan pasukan Adrea Pirlo malah beberapa kelab seperti Barcelona dan juga Borussia Dormund. Mengikut laporan dari Todofichajes, Memphis Depay akan melakukan pegerakannya ke Barcelona. Namun kelab german Borussia Dortmund telah menghubungi agen pemain tersebut bagi mengetahui apa yang diperlukan bagi mendapatkan tandatangan beliau ke kelab tersebut.

Memphis Depay

BVB dijangka akan menjual salah satu pemainya atau kedua-duanya sekali iaitu Jadon Sancho dan Erling Haaland selepas waktu pemindahan pemain dibuka semula. Dikatakan Memphis Depay mejadi pemain pilihan untuk menggantikan tempat pemain mereka.

Namun jika Memphis Depay berada di Juve, beliau lebih berpeluang untuk memenangi trofi di liga tersebut bersama Juventus.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *