pochettino

Kelab Gergasi Perancis Sambar Pochettino

pochettino
Secara rasmi menjadi Pengurus bagi skuad kelab bola sepak PSG.

Mauricio Pochettino akan kendalikan skuad kelab bola sepak Paris Saint Germain setelah jurulatih sebelumnya, Thomas Tuchel dipecat. Beliau merupakan manager atau jurulatih yang berbakat dengan kendalian kelab skuadnya, Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hal ini dikenalpasti oleh Fabrizio Romano, wartawan sukan melalui Twitternya dengan ketibaan Mauricio Pochettino. Kelab PSG juga mengeluarkan kenyataan mereka berkaitan perlantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru di kelab tersebut pada 2 Januari di Twitter rasmi kelab tersebut.

Teknik coaching beliau tunjukkan kepada pemainnya amat komprehensif dengan mengalakkan pemain untuk mengambil keputusan sendiri untuk perkembangan pemain. Beliau juga membantu pemain dalam persediaan dari mental dan fizikal.

Terdapat beberapa spekulasi bahawa Mauricio ingin membawa beberapa pemain dari kelab beliau ketuai sebelum ini. Antara yang disebut adalah Dele Ali dan juga Christian Eriksen.

Mauricio Pochettino secara rasmi kendali skuad PSG sebagai Pengurus baru.
Christian Eriksen dan Dele Ali antara nama-nama pemain yang disebut untuk dibawa ke PSG.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *