methode times prod web bin d859196e 7dd6 11eb 83b7 5869de54abef

Mati Ditembak Sewaktu Protes, Gadis 19 Tahun Jadi Simbolik ‘Puteri Demokrasi Myanmar’. Baru-baru ini, negara Myanmar dilanda situasi genting selepas penahanan pemimpin utamanya berikutan tragedi rampasan kuasa oleh pihak tentera berlaku sejak Februari lalu.

Mati Ditembak Sewaktu Protes
Mati Ditembak Sewaktu Protes

Lantaran itu, ribuan rakyat negara berkenaan keluar di jalanan melakukan tunjuk perasaan secara besar-besaran sebagai tanda tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tentera yang disifatkan sebagai ‘teroris’.

Bagaimanapun, terdapat satu kisah sedih dilaporkan melibatkan seorang gadis bernama Ma Kyal Sin yang berusia 19 tahun di mana dia telah ditembak mati sewaktu menyertai aktiviti protes pada hari Rabu, 3 Mac 2021 lepas.

Seperti kebanyakan remaja lain di Myanmar, Ma Kyal Sin berkongsi suka duka kehidupan mudanya menerusi laman sosial. Antaranya, sudah tentulah gambar swafoto, momen manis dengan haiwan peliharaan, perayaan ulang tahun dengan keluarga dan rakan-rakan serta macam-macam lagi.

Namun sejak Rabu lalu, namanya menjadi sebutan ramai netizen dan kebanyakan gambarnya telah menghiasi media di seluruh dunia. Menerusi gambar yang tular di serata laman sosial tersebut, gadis comel itu dilihat menyertai protes dengan memakai baju berwarna hitam tertulis.

Myanmar coup: She was shot dead, her body dug up and her grave filled with  cement - CNN

perkataan ‘everything will be ok’. ‘Everything will be ok’ Dalam demonstrasi jalanan secara besar-besaran di bandar Mandalay Rabu lalu, Kyal Sin bersama puluhan ribu penunjuk perasaan lain ‘bertempur’ dengan pihak tentera dan polis.

Image

Malah, menerusi beberapa video yang dimuat naik di internet yang memaparkan penunjuk perasaan sedang ‘bertempur’ dengan pihak berkuasa, Kyal Sin dilihat berlari sambil menjerit ‘kami tidak akan lari’ dengan sekuat hati.

Namun, siapa sangka tulisan pada baju yang dipakainya itu seakan satu ‘ironi’ apabila dia terkorban dalam perjuangan untuk membebaskan idola demokrasinya sendiri, Aung San Suu Kyi. Malang tidak berbau, Kyal Sin maut di jalanan selepas sebutir peluru tepat mengenai kepalanya.

Namun, siapa sangka tulisan pada baju yang dipakainya itu seakan satu ‘ironi’ apabila dia terkorban dalam perjuangan untuk membebaskan idola demokrasinya sendiri, Aung San Suu Kyi. Malang tidak berbau, Kyal Sin maut di jalanan selepas sebutir peluru tepat mengenai kepalanya.

EvidKyRWgAEC J rotated
Kyal Sin maut ditempat kejadian akibat tembakan mengenai kepalanya

Hari itu merupakan hari paling berdarah buat Myanmar. Pada hari itu sahaja dilaporkan 38 orang penunjuk perasaan maut ditembak pihak berkuasa yang menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan peserta demonstrasi.

Perkara tersebut sekaligus membangkitkan kemarahan majoriti rakyat Myanmar yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri. Ramai di kalangan mereka memuji keberanian gadis itu dan menganggap dirinya sebagai seorang pahlawan sebenar memperjuangkan hak rakyat mereka.

Menurut segelintir individu yang berada bersamanya sewaktu tunjuk perasaan tersebut, Kyal Sin dikatakan begitu kental membantu penunjuk perasaan lain tanpa menghiraukan nyawanya.Bahkan, dia dengan beraninya menendang paip air hingga terbuka supaya penunjuk perasaan lain dapat mencuci muka daripada gas pemedih mata yang disembur oleh pihak polis.

Majlis pengebumian Kyal Sin diadakan pada keesokan harinya, iaitu hari Khamis 4 Mac 2021 dan dihadiri ratusan rakyat Myanmar bagi mengiringi jenazah dan memberikan penghormatan terakhir buat gadis berjiwa kental itu.

Image
Upacara pengebumian Kyal Sin

Kematiannya kini ditangisi dunia terutamanya pecinta demokrasi. Kyal Sin juga kini menjadi simbolik baru perjuangan aktivitis demokrasi di bumi Myanmar Dia ibarat puteri demokrasi yang kembali meniupkan semangat jutaan penduduk Myanmar untuk terus melawan penguasaan junta.

Ma Kyal Sin telah tinggalkan satu nota mengatakan jika dia gugur dalam peperangan ini dermakan organnya pada mereka yang memerlukan. Jenis darah beliau B+ Dia sebenarnya sudah bersedia untuk berperang habis-habisan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Image
Kyal Sin sempat meninggalkan satu nota untuk mendermakan organnya jika beliau gugur

Sumber: Twitter @Amrlamnnn

Semoga artikel berkenaan keyboard shortcuts ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Lagi artikel menarik:

  1. Cara Mengeluarkan Suara Dari Video WhatsApp Sebelum Memuat Naiknya
  2. Apa Terjadi Pada Badan Ketika Tidur – 1 Penjelasan
  3. Taman Tema Baharu, Genting Skyworlds Bakal Dibuka Pada Suku Kedua Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *