img 5788

Sebelum itu, CTOS tu apa? Mungkin ada beberapa orang yang tahu CTOS ni apa dan mungkin ada yang belum tahu lagi. CTOS score ialah penilaian kedudukan risiko kredit kewangan kita. Jika scoring tinggi bermaksud risiko kredit adalah lebih rendah. Selalunya scoring ini akan dinilai berdasarkan komitmen kredit kita masa ke semasa. Dalam arikel ni akan huraikan sedikit apa manfaat kita mengetahui CTOS scoring kita sendiri.

Manfaat Mengetahui CTOS Score Anda

img 5786

1. Meningkat peluang anda untuk mendapat pinjaman

Nilai CTOS score yang baik boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan bagi pinjaman dan kredit baru. Score kredit yang baik boleh meningkatkan kebolehpercayaan kredit anda di mata bank dan pemberi pinjaman.

2. Kelulusan pinjaman lebih cepat

Score boleh didapati dengan serta merta dan dapat membantu pemberi pinjaman membuat kelulusan pinjaman dengan mudah dan cepat.

3. Perancangan kewangan peribadi menjadi lebih mudah

CTOS score dapat membantu anda jika anda menghadapi sebarang masalah pengurusan pinjaman atau isu-isu kewangan. Apabila anda mengetahui status kredit anda, anda dapat merancang dan membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak serta memperbaiki score kredit anda dari masa ke semasa.

4. Memantau status kesihatan kredit anda

Jika anda merancang untuk memohon pinjaman atau kredit baru, anda disarankan untuk mengetahui maklumat kewangan dan kredit anda yang boleh dilihat oleh pihak bank dan pemberi pinjaman. CTOS score anda sebagai indikator baik yang menunjukkan sama ada layak menerima kredit baru atau tidak.

Mengetahui CTOS Score Anda

5. Keputusan kredit yang lebih adil

CTOS score juga membolehkan pemberi pinjaman untuk memberi tumpuan hanya pada fakta-fakta yang berkaitan dengan risiko kredit apabila membuat keputusan yang lebih adil dan bukan berdasarkan perasaan peribadi mereka. Faktor-faktor seperti jantina, bangsa, agama, kewanganegaraan dan status perkahwinan tidak diambil kira apabila menjana skor

CTOS score
CTOS Score

Sumber: CTOS Score

Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu

Artikel Utama: Hartanah

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *