38993156 9228677 Manchester City tightened their grip on top spot in the Premier a 19 1612735737532

Anfield : Man City meledakkan 4 gol bagi mengekalkan kedudukan teratas. Kini Manchester City mendahului 5 mata daripada jirannya, Manchester United.

Dengan ketiadaan beberapa pemain utama seperti Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne, Manchester City bermain ‘slow started’ dalam masa separuh masa pertama mengikut kata pengurusnya, Pep Guardiola ketika ditemu ramah.

Pada minit ke-37, Manchester City berpeluang untuk mendaluhui dengan mendapatkan sepakan penalti namun ilkay Gundogan gagal melakukannya. Dalam minit ke-48, Gundogan berjaya menebuskan kegagalannya selepas meledakan satu gol buat Man City.

Seterusnya, Liverpool mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti selepas Mohamed Salah di ‘tackle’ oleh Ruben Dias dalam kotak penalti. Pada minit ke-63, Salah berjaya meledakkan gol penyamaan dengan kedudukan 1-1.

Namun begitu akibat dari beberapa kesilapan penjaga gol Liverpool,Allison memberi peluang kepada Gundogan untuk meledakkan satu lagi gol dengan bantuan passing dari rakan sepasukan, Phil Foden. Begitu juga di minit ke-76, Raheem Sterling meledakkan gol akibat daripada kesilapan Allison.

Penyudahnya, Man of the Match adalah pemain muda, Phil Foden meledakkan gol yang keempat pada minit ke-82 menjadikan gol skor 4-1.

Man City berada dalam keadaan selesa dalam mengekalkan kedudukan namun Pep Guardiola menekankan baki perlawanan masih banyak, apapun kita harus mengekalkan konsistensi seperti sekarang untuk perlawanan yang berikutnya.

Man City
Phil Foden bersama rakan-rakan sepasukan gembira selepas beliau meledakan gol keempat.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *