apple watch

Seperti yang kita sedia maklum, antara ciri yang ada Apple Watch siri terkini ialah ECG (elektrokardiogram). Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan ciri ini untuk berada dan digunapakai di Malaysia.

ECG (elektrokardiogram) Pada Apple Watch

apple watch

ECG merupakan teknologi di mana ia merekodkan bacaan jantung kita di dalam bentuk digital. Teknologi ini sudah dipakai di hospital – hospital di Malaysia. Setiap hospital mempunyai alat tersendiri untuk merekod bacaan jantung pesakit.

Sejak pelancaran Apple Watch siri keempat, Apple telah memperkenalkan fungsi ECG pada peranti tersebut. Hal ini memberi impak yang sangat besar terutama pengguna yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung, darah tinggi dan lain – lain.

apple watch

Sumber

Namun sebagai pengguna, mungkin anda tidak faham dan tidak pandai untuk membaca rekod tersebut. Hanya doktor yang bertauliah sahaja yang faham untuk baca dan mendapatkan maklumat disebalik rekod tersebut.

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *