malaysia airlines

Sejarah Malaysia Airline

Malaysia Airlines, atau dulu dikenali sebagai Malaysian Airline System (MAS), telah ditubuhkan sejak 1 Mei 1947. Jika kita mengikuti sejarah Malaysia Airlines, penerbangan ini berasal dari Malayan Airways Limited yang diasaskan oleh Singapura pada tahun 1930 dan telah membuat penerbangan komersial pertama pada tahun 1947. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah menukar namanya ke Malaysian Airways. Namun setelah Malaysia berpisah dengan Singapura pada tahun 1966, syarikat penerbangan ini sekali lagi menukarkan namanya ke Malaysia-Singapore Airlines (MSA) dan seterusnya berpecah kepada dua airlines iaitu Malaysian Airlines System (MAS) dan Singapore Airlines pada tahun 1972.

Hadapi Risiko Ditutup

Seperti yang kita tahu, syarikat ini adalah salah satu industri penerbangan yang hebat di Malaysia. Namun apabila Malaysia menghadapi penularan wabak COVID-19, bukan sahaja rakyat kehilangan pekerjaan, restoran terpaksa tutup, kedai runcit terpaksa gulung tikar, syarikat gergasi Malaysia Airlines juga turut menghadapi krisis yang sama.

malaysia airlines

Pandangan Pakar Terhadap Situasi Semasa

Penganalisis Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof berpendapat bahawa syarikat penerbangan Malaysia Airlines harus dibubarkan.

“Kita harus akur syarikat ini mempunyai masalah besar dan pada pendapat saya kita bubarkan Malaysia Airlines,” kata beliau sewaktu ditemu bual oleh Astro AWANI.

Bukan sahaja kerana penularan wabak COVID-19, syarikat ini juga mengalami kesukaran untuk membaikpulihkan jenama mereka sejak tragedi MH370 dan MH17. Apa yang kita dapat lihat dari sudut pakar perubatan, vaksin untuk merawat wabak COVID-19 mungkin hanya ditemui dalam tempoh 18 bulan. Tempoh ini adalah tempoh yang sangat panjang dan besar kemungkinan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines tidak mampu bertahan.

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *