Screenshot 2020 11 15 at 9.28.44 AM

Bila sebut je Seoul Garden, ia memang tidak asing dimata rakyat Malaysia, sudah semestinya restoren steamboat yang terkenal di Malaysia. Terdapat banyak cawangan yang telah dibuka di Malaysia. Namun harga steamboat di kedai ini tidak murah, jadi kebanyakan rakyat Malaysia yang datang ke kedai ini adalah pada waktu yang istimewa seperti menyambut hari jadi, menyambut ulang tahun perkahwinan dah sebagainya.

Namun setelah Malaysia dilanda wabah Covid-19, ramai rakyat terjejas dari segi pekerjaan, hilang punca pendapatan, mengalami tekanan jiwa disebabkan wang dan sebagainya. Perkara ini juga dialami oleh restoren tersebut. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat tidak lagi pergi ke restoren ini. Sudah tentu ada yang mengidam dan teringin untuk pergi, tapi bagi memastikan rantaian Covid-19 ini terputus, mereka terpaksa duduk di rumah sahaja.

Tapi tahukah anda, anda juga boleh makan di rumah gaya macam di Restoren Seoul Garden? Ya! Aktiviti ini boleh dibuat di rumah sahaja. Bukan saja kita dapat mematuhi perintah dari kerajaan, kita juga dapat merapatkan kembali hubungan silaturahim bersama keluarga. Di dalam era modenisasi, banyak produk telah dikeluarkan untuk memudahkan pengguna dan harganya tidak terlalu mahal.

Korean 2 In 1 77cm BBQ Pan Grill & Hot Pot Steamboat Ala-ala Restoren Seoul Garden

seoul garden steamboat

Tadaa! Ya ini lah produk yang kita boleh gunakan untuk makan di rumah ala-ala Restoren Seoul Garden. Produk ini mempunyai dua bahagian untuk memanggang ayam, daging, seafood dan sebagainya. Satu di belah kiri dan satu lagi di belah kanan. Di tengah-tengah bahagian pula ada bahagian untuk memasak sup. Yang menariknya di bahagian sup ini, ditengahnya mempunyai penghadang. Jadi anda boleh masak dua jenis yang berbeza pada satu masa yang sama. Menarik bukan?!

seoul garden steamboat

Produk ini mempunyai dua bahagian untuk menyalurkan tenaga elektrik, satu di tengah dan satu lagi di bahagian tepi. Sangat mudah untuk masak ala-ala steamboat dengan produk ini. Anda hanya perlu sediakan bahan-bahan untuk di masak, kemudian ratakan minyak atau majerin di bahagian pemanggang. Setelah itu, anda boleh letakkan bahan-bahan di bahagian pemanggang.

IMG 2870

Antara bahan yang menarik untuk digunakan adalah ayam perap, daging perap, kambing perap, hotdog, fishball, fishcake dan sebagainya. Tidak lupa juga sayur-sayuran amat penting di dalam pengambilan pemakanan kita. Kebiasaanya untuk masak pada produk ini, tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Anda juga perlu pastikan pengudaraan sewaktu masak steamboat di dalam rumah. Pastikan asap yang dihasilkan ketika masak keluar ke luar tingkap. Ini amat penting supaya asap tidak terperap di dalam rumah dan menyebabkan rumah anda berminyak di bahagian lantai dan dinding.

Harga mahal ke?

Harga bagi produk ini sangatlah murah dan berpatutan. Kebiasaanya penjual menjualkan harga sekitan RM150 hingga RM200. Kualiti pada pemanggang adalah sangat baik dan tidak melekat ketika anda memanggang ayam atau daging. Berat produk ini adalah sekitar 7.7kg sahaja. Ia sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Di shopee ramai penjual menjual produk ini. Untuk memudahkan anda, saya sertakan link shopee di bawah.

Korean 2 In 1 77cm BBQ Pan Grill & Hot Pot Steamboat 2 Temperature Controllers

Bagi harga bahan-bahan pula, ia bergantung pada bajet anda. Kebiasaanya barang-barang basah tidaklah terlalu mahal. Namun jika anda memilih untuk membeli udang, ketam atau lobster, maka harga keseluruhan untuk makan steamboat juga agak tinggi. Anda juga boleh perap ayam atau daging semalaman sebelum aktiviti steamboat dijalankan. Rasa pada ayam atau daging tersebut akan bertambah, tambah pula di panggang ala-ala di restoren. Yang menariknya, semua aktiviti ini hanya dilakukan di dalam rumah sahaja! Kita tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk makan steamboat di kedai.

Secara kesimpulannya, duduk di rumah bukanlah satu penghalang bagi anda untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti menarik dan juga makan seperti berada di Restoren Seoul Garden. Apa yang penting adalah anda perlu mencari kreativiti sendiri disamping merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *