image 4

Makan Menarik Johor

1. Warung Pokok Cherry

Alamat : Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 24 Jam

Antara tempat makan menarik Johor adalah Warung Pokok Cherry. Warung ini terkenal dengan nama Warung Pokok Cherry kerana warung ini terletak di bawah Pokok Cherry. Strategiknya warung pokok cherry ini , ianya berhadapan dengan bangunan persada Johor. Kebiasaannya, Roti Canai dan Nasi Lemak merupakan menu bagi sarapan pagi kita tetapi disini laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan banyak lagi menu makanan pantai timur merupakan menu sarapan pagi yang akan anda nikmati. Tidak lupa juga pelbagai kuih tradisional pantai timur yang dapat kita rasai di sini seperti kuih nekbat, kuih gerodok telur, kuih lompat tikam dan banyak lagi. Menyelerakan bukan ?

makan menarik johor

Warung pokok cherry ini beroperasi selama 24 jam seminggu. Pada waktu tengah hari hingga ke malam pula, menu yang membuatkan ramai orang tertarik untuk datang ke sini ialah nasi barlauknya. Disini menyediakan pelbagai jenis lauk yang mampu membuatkan anda ketagih untuk datang kesini berulang kali. Harga di warung pokok cherry ini amat berpatutan dengan menunya.

image 6

2. Restoren Sup Tulang ZZ

Alamat : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : Dibuka pada pukul 7 Pagi hingga 1 Pagi ( Setiap Hari)

Rugilah anda jika anda sekeluarga datang Johor Bahru tetapi tidak singgah ke Restoran Sup Tulang ZZ. Suasana kampung yang amat menenangkan ketika menikmati hidangan yang disediakan oleh Restoran Sup Tulang ZZ. Restoran ini amat digemari oleh ramai pengunjung kerana Sup tulang dia yang terlalu sedap , umphhhhhh ! sehinggakan anda ingin datang ke sini lagi dan lagi.

image 7

Selain itu juga, menu kedua yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung untuk datang ke sini ialah mee rebus tulang. Kuah pekat , isi banyak dan terasa kelazatannya sehinggakan membuat anda sedawa kekenyangan. Selain daripada itu, terdapat juga menu lain yang anda sekeluarga boleh cuba seperti makanan barat dan makanan melayu.

image 9

3. Restoren Kacang Pool Haji

Alamat : Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : Dibuka pada pukul 7 Pagi hingga 11 Malam ( Setiap Hari)

Kacang pool telah dinikmati di seluruh Malaysia , tetapi ia lebih popular di Johor , terutama sekali di Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di Larkin. Namanya sering kali menjadi sebutan ramai apabila berada di Johor Bahru. Kacang Pool ini berasal dari Arab dan Sultan Abu Bakar, Sultan Johor mendapat idea untuk membawa menu ini ke Johor ketika baginda melawat ke Arab. 1 Set Roti bakar dan kuah pekat yang menghasilkan kacang pool merupakan satu gabungan makanan yang hebat dan di dalam kuah kacang pool akan dilengkapi dengan telur mata kerbau yang membuatkan air liur anda meleleh untuk menikmati hidangan tersebut.

image 10

4. Selera Senibong Seafood

Alamat : Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

Waktu Operasi : Dibuka pada pukul 4 Petang hingga 12 Malam ( Setiap Hari)

Jika anda merupakan seorang yang gemar dengan makanan laut , memang tidak dapat di sangkal lagi , Di Selera Senibong Seafood inilah tempat makanan laut yang terbaik untuk anda sekeluarga nikmati ketika berada di Johor Bahru. Selera Senibong Seafood ini amat popular di kalangan penduduk Johor Bahru kerana ianya menhidangkan makanan laut yang segar dan asli rasanya. Ketam, Udang, Kerang, Kupang, pepahat, Lala dan pelbagai jenis ikan merupakan contoh makanan laut yang boleh didapati disini.

Tambahan pula, suasananya yang menarik juga menyebabkan ramai pengunjung suka datang menikmati hidangan di sini. Selera Senibong Seafood terletak di sebelah laut dan berhadapan dengan Singapura. Makan sambil dengar bunyi ombak laut akan memberikan impak positif ketika anda sekeluarga sedang menikmati makanan laut yang telah terhidang di atas meja anda. 

image 12

5. Banafee Village

Alamat : 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi : 24 Jam

DIsini merupakan tempat makan menarik bagi penggemar nasi ayam penyet. Sambal dia yang pedas dan ayam penyetnya yang garing merupakan tarikan utama orang ramai ke sini untuk menikmatinya. Banafee Village ini merupakan kedai makan milik artis tanah air iaitu Betty Banafee. Tak lupa juga , sup tulang merah dan ikan bakar merupakan menu lain yang dapat menarik daya tarikan pelanggan untuk mengunjungi Banafee Village ini. 

image 31

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *