Bahagiakan Ibu Bapa
Bahagiakan Ibu Bapa

Ramai anak-anak mengaku sayang mak ayah, tapi TAK PERNAH LANGSUNG nak BUKTIKAN CINTA diorang tu malah bahagiakan ibu bapa.

Kalau ditanya awak sayang tak mak ayah? Semua mengaku sayang. Jaga kita sejak kecik, bagi duit belanja, bagi pendidikan, sayangkan kita menatang bagai minyak yang penuh dan yang paling penting mengajar kita mengenal Allah.

Ramai anak-anak hari ini, mengaku sayang mak ayah, tapi tak pernah langsung nak buktikan. Mentang-mentanglah dua mak ayah masih hidup.

Cakap pasal berbakti kepada mak ayah, mesti ramai yang dah biasa basi duit tiap bulan, tolong beli barang mana yg patut atau bawak mak ayah jalan-jalan atau ziarah sedara mara.

Tapi nak tahu tak ada lagi satu perkara yang kita PATUT BUAT yang bukan saja boleh bahagiakan diorang di dunia bahkan di akhirat.

Haa apa yang dimaksudkan tu adalah SEDEKAH jariah ke atas nama kedua orang tua kita!

Bahagiakan Ibu Bapa

Pahala ni boleh dibawa sampai ke mati tau!

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan meperlipatgandakan pembayaran kepadanya dengan kelipatan yang banyak, dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan”.

Salah satu hadiah yang boleh kita berikan kat diorang sebagai tanda bukti kasih-sayang kita ialah dengan bersedekah jariah di atas nama diorang.

“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.

Itu yang akan dapat bahagiakan ibu bapa kita bahagia di dunia dan akhirat.

Insyaallah. Syurga balasannya, besar sangat pahalanya.

Artikel Utama: Agama

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *