lelaki tua

Kisah Lelaki Tua dan Selawat Sebagai Contoh Teladan Dalam Kehidupan

Hari ini saya akan kongsikan kisah tentang seorang lelaki tua dan selawat Rasulullah SAW. Apa kaitannya selawat nabi dan lelaki tua ini? Jom sambung baca.

Pada suatu hari ada seorang lelaki tua sedang mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke sebuah pekan, jaraknya sejauh kira-kira 15km. Lelaki tua ini bergerak ke pekan untuk menjual ulam-ulaman dan sayur-sayuran, bagi menampung kehidupannya dan keluarga. 

Setiap hari, selesai berjual, lelaki tua itu akan singgah dahulu ke sebuah masjid di penghujung pekan bagi menunaikan solat zuhur. Seterusnya rutin beliau sebelum pulang, lelaki itu akan  berdoa dan berwirid. Llelaki itu akan membersihkan dedaun yang berselerak di halaman masjid sebelum bergerak pulang.

Melihatkan kerajinan lelaki tua itu, para jemaah dan jawatankuasa masjid menjadi  kasihan melihat keadaan lelaki tua itu…. Mereka kemudiannya mengambil keputsan untuk mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun-daun itu setiap pagi. Niat mereka, semata-mata untuk membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu dan hanya beribadah sahaja.

Namun, niat baik mereka itu telah menimbulkan salah faham dan telah membuatkan lelaki tua tersebut menangis sedih…. Lelaki tua itu berjumpa dengan Pak Imam lalu memohon supaya dia terus diberi kesempatan untuk membersihkan halaman masjid seperti biasa. 

Lelaki tua dan selawat

“Aku tidak kaya, ini sajalah yang aku mampu untuk lakukan sebagai sumbangan kepada masjid ini.” ujar lelaki tua ini. 

Akhirnya, pihak jawatankuasa masjid mengambil keputusan untuk tidak berkeras dan mengupah orang lain, agar situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih.

Satu ketika, sedang lelaki tua itu sedang menyapu daun-daun, imam masjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut berkata: 

 “Sebenarnya Pak Imam, saya ini orang bodoh, tuan…. Saya tahu amal saya ini kecil sahaja…. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, tanpa syafa’at rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.”

Beliau menyambung lagi, “Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, saya ingin rasulullah menjemput saya… Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada junjungan nabi sollallahu `alaihi wasallam..” Kata lelaki tua itu dengan hiba… 

Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu…. Pak imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu… Pak Imam lega kerana beliau tidak mengupah orang lain mengambil alih kerjaan yang dilakukan lelaki tua itu. Allahu akbar….subhanallah…subhanallah.

Allah swt berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما

“sesungguhnya allah dan malaikat-nya berselawat kepada nabi… Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “.(surah al-ahzab 33: 56)

Rasulullah saw bersabda : “tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali allah akan menyampaikan kepada ruhku, sehingga aku menjawab salam itu”.

(hr abu dawud dari abu hurairah... Ada di kitab imam an-nawawi, dan sanadnya shahih)

Jadi dapat disimpulkan berdasarkan kisah lelaki tua dan selawat ini kita dapati banyak manfaat sekiranya kita mengamalkan selwat ke atas nabi. Antaranya adalah ianya bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w. Selain itu, bersamaan dengan selawat para malaikat. 

Sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat). Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat dan diituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat. Semoga kisah lelaki tua dan selawat ini menjadi inspirasi buat kita.

Anda ada apa-apa respon terhadap kisah lelaki tua dan selawat ini?

Semoga artikel tidur yang berkualiti ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : Nak tahu gaji paling lumayan dalam bidang IT ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *