lee zii jia

Lee Zii Jia merupakan pemain badminton barisan hadapan masa kini Malaysia. Walaupun berdepan kritikan ramai pihak sebelum ini ekoran prestasinya yang tidak menentu, Lee Zii Jia tidak kenal erti putus asa. Ini terbukti apabila Lee Zii Jia menunjukkan persembahan hebat di pentas All England 2021, apabila menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota.

lee zii jia
Sumber Gambar : Channelnewsasia

Lee Zii Jia Pamer Aksi Meyakinkan

Jika disorot persembahan semalam, gaya permainan Zii Jia dilihat berada pada tahap terbaik. Beliau sering saja melakukan smash kencang di sebelah kanan dan kiri gelanggang. Permainan di net juga memuaskan apabila beliau kerap kali memenangi pertarungan di net atau jaring.

Namun satu faktor harus diingat juga, Kento Momota juga sudah berehat lama akibat masalah peribadi sebelum ini. Kemungkinan prestasi Momota semalam bukan pada tahap terbaik beliau.

Walau apa pun, kemenangan di pentas sebesar All England terhadap pemain nombor satu dunia ini harus diberi pujian. Dengan kemenangan ini, Zii Jia akan melangkah ke separuh akhir hari ini, dan dijangka bakal bertemu dengan pemain Perancis.

Apa yang boleh diharapkan ialah untuk menaikkan nama Malaysia dengan kemenagan di All England ini setelah lama Malaysia sunyi dari menggerunkan pemain negara lain setelah Lee Chong Wei bersara.

Semoga Lee Zii Jia berjaya merangkul kejohanan ALL England untuk mengharumkan nama Malaysia dan achievement beliau sendiri.

PS : Rahsia Bangun Awal Pagi dengan Kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *