Kronologi Karamnya Kapal Selam KRI Nanggala 402 ke Dasar Lautan

Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai sejak 3 petang pada Rabu, 21 april . Jumlah kru yang terlbihat adalah 53 orang.

Image

Kapal Selam Naggala 402 dilaporkan hilang dari radar

Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali. Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter. Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.

Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin. 6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang.

Ada tumpahan minyak dikesan pada satu permukaan lautan. Pencarian cuba dibuat di kawasan tersebut namun tidak berjaya setakat ini. Kawasan tumpahan minyak tersebut adalah terlalu dalam. Usaha mencari masih belum berhasil.

Misi Pencarian dimulakan

Kapal penyelamat, MV Swift Rescue milik Angkatan Laut Republik Singapura (Republic of Singapore Navy) juga terlibat dalam misi pencarian. MV Swift Rescue memiliki Submarine Rescue Vehicle DSAR 6 yang mampu terjun ke dasar lautan.

Image
Image

Kapal penyelamat, Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (Royal Malaysian Navy) kini sedang bergerak menuju ke perairan Bali bagi membantu proses mencari dan menyelamat.

Image

Kedudukan terakhir KRI Nanggala 402 sebelum hilang ialah 23 batu di utara Pulau Bali. Pada jam 4.25 pagi Rabu 21 April, selepas kebenaran untuk lepaskan tembakan torpedo diberikan, KRI Nanggala 402 tiba-tiba terputus komunikasi.

Dikatakan ini gambar kru ketika sedang solat di atas badan kapal selam. Di mana mereka sekarang? Setakat jam 4:30 petang waktu tempatan, masih belum ada khabar berita. Pencarian terus dibuat sekarang dengan bantuan kapal Tentera Laut Australia.

Image

Ada serpihan ditemukan pada permukaan perairan Bali yang diyakini sebagai komponen kapal selam. ‘Serpihan ini tidak akan dapat ditemukan apabila tiada tekanan atau keretakan’- Kepala Staf TNI Angkatan Laut Laksamana Yudo Margono.

Akhirnya KRI Nanggala 402 disahkan karam

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) sahkan kapal selam KRI Nanggala 402 telah tenggelam ke dasar lautan. Ianya dibuktikan melalui penemuan serpihan, barang dan tumpahan minyak di perairan Bali.

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) menunjukkan beberapa serpihan dan barang yang ditemukan dipercayai milik KRI Nanggala 402. Kapal selam itu dipercayai mengalami retakan, dan bukannya meletop.

Image

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah bagi parajurit-parajurit yang telah terkorban. Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber: Twitter & CNI Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *