Ebit Lew
Ebit Lew

Sabtu, 26 Disember 2020 – Baru baru ini dikejutkan dengan berita Team Ustaz Ebit Lew yang terlibat di dalam sebuah kemalangan di exit Tol Duta dimana kereta yang dipandu 3 krew media Ustaz Ebit Lew melanggar pembahagi jalan untuk mengelak dari sebuah kereta yang bertindak membuat pusingan U-turn mengejut.

Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan.

Berdasarkan posting Ustaz Ebit Lew di dalam FB dan Instagram Official nya, kejadian berlaku selepas pulang dari Penang dimana mereka pergi 4 kereta untuk membantu sekeluarga daif yang tular disebabkan oleh 8 bulan tinggal di dalam kenderaan.

3

Ustaz Ebit Lew memohon semua untuk doakan kesejahteraan krew medianya

Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.

Dimaklumkan ketiga tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Gleneagles untuk menjalani ct scan atas sebab hentakan yang kuat dari perlanggaran tersebut.

Rasulullah SAW pernah berpesan di dalam hadis yang berbunyi,

Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah Swt, Inaa lillahi wa inna ilaihi raaji’uun Allahumma jurnii fii mushibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan menukar baginya dengan yang lebih baik.

Hadis Riwayat Muslim

Ayuh kita sama sama mendoakan kesejahteraan saudara kita yang ditimpa musibah. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dan mengurniakan kesembuhan buat mereka In Shaa Allah. Sesungguhnya segala yang terjadi tanda Allah sayang.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *