profesor dan nelayan

Profesor atau Nelayan? “Knowledge is nothing, applying what you know is everything

Kisah ini merupakan kisah lama antara profesor dan nelayan yang berbentuk pengajaran sesuai untuk kegunaan semua peringkat usia. Kisah ini bermula bila mana bertemunya dua orang sahabat lama di kawasan kampung pesisir pantai. Mereka berdua sudah bersahabat dari bangku sekolah rendah lagi.

59e74ab52eafa6f25487ac59e404c9ad

Nasib mereka berdua berbeza kerana salah seorang daripada mereka meneruskan pengajian dengan merantau untuk menuntut ilmu setinggi mungkin hingga menjadi Profesor dan satunya lagi menetap di kampung halaman dan menjalani hidup sebagai seorang nelayan.

Setelah 10 tahun berlalu, yang telah menjadi Profesor pun pulang ke kampung untuk mengunjungi sanak saudara dan kenalan lama dizaman sekolahnya dahulu yang telah lama terpisah. Dia pun bertemu dengan sahabat lamanya yang kini menjadi seorang nelayan. Sang nelayan pun kemudian mengajak temannya sang Profesor naik perahu kecil miliknya untuk memancing ikan di tengah lautan.

Kisah Profesor Genius Nelayan

Perjalanan di tengah lautan mereka isi dengan soal menyoal tentang keadaan kehidupan masing-masing yang selayaknya kerana mereka sudah lama benar tidak berjumpa.

Pengajaran dari cerita ini bermula dari sini. Sang Prof bertanya,

“Apakah kamu boleh berbahasa Inggeris?”

Dengan menunduk Sang Nelayan pun menjawab,

Aku tidak boleh berbahasa Inggeris kerana sudah lama tidak menggunakannya dan lagipun aku hidup hanyalah sebagai seorang Nelayan

Sang Profesor pun dengan semangatnya berkata

“Kamu adalah golongan yang rugi kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, kerana dengan berbahasa Inggeris boleh membuat kamu mempelajari banyak ilmu, mengelilingi dunia dan membuat kamu kaya raya. Jika kamu tidak pandai berbahasa Inggeris maka kamu telah kehilangan 50% dari hidupmu”

Kisah Profesor Genius Nelayan2

Sang profesor mulai menampakkan kesombongannya.

Kemudian Sang Profesor bertanya lagi,

“Bagaimana dengan ilmu Matematik? kamu pandai ke tidak?”.

Dengan perasan malu Sang Nelayan menjawab

“Kamu tahu bukan aku hanya belajar setakat mana, Setakat untuk mengira ikan hasil tangkapan aku yang tidak seberapa ini boleh lah”.

Sang Profesor pun menjadi semakin ego dan sombong dengan keadaan temannya tadi.

Saat perjalanan di tengah laut, cuaca berubah menjadi mendung, ombak dan angin pun datang menerpa perahu kecil yang mereka tumpangi. Keadaan itu telah membuat Sang Profesor sangat ketakutan, ia memegang dengan erat pada tepian perahu.

Sang nelayan berusaha menenangkan kawannya Sang Profesor. Ia berkata

“Tenang saja kawanku, ombak ini tidak akan menenggelamkan kita. Keadaan seperti ini sudah biasa terjadi jika cuaca sedang tidak bagus.”

Sang nelayan kemudian melanjutkan penerangan berada disana.

“Kamu tidak perlu takut kerana jika perahu ini terhempas akibat dari ombak itu, kita masih boleh berenang beberapa ratus meter menuju tepian daratan pantai”.

Mendengarkan hal itu Sang Prof menjadi semakin takut dan memegang erat si Nelayan sambil berkata dengan rasa ketakutan yang amat sangat.

“Yang sebenarnya, aku tidak pandai berenang jadi aku sangat takut dengan ombak ini jika menghempas kapal kita”.

Sang Nelayan pun berkata kepada Sang Profesor,

“Kalau begitu sia-sia sahaja kamu menjadi profesor jika tidak pandai berenang. Bahasa Inggeris dan Matematik hanya menyelamatkan hidupmu 50% sahaja tetapi jika kamu tidak bisa berenang maka kamu akan kehilangan 100% hidupmu”

Tersentak Sang Profesor dengan kiasan kawannya tadi. Baru Sang Profesor sedar bahawa setiap manusia perlu antara satu sama lain dan janganlah kita bercakap besar dan ego.

Pelajaran yang dapat dipetik dari tazkirah diatas adalah:

  1. Jika kamu mempunyai sebuah kelebihan maka janganlah kamu mencela orang lain dan menyombongkan diri. Kerana ianya boleh jadi orang yang kamu remehkan tadi yang akan menjadi teman baik anda.
  2. Sekian tazkirah yang dapat menyedari kita tentang realiti kehidupan. Tidak seharusnya kita tenggelam dalam lautan kesombongan kita sendiri. Hiduplah dengan rendah hati dan saling mengisi kehidupan orang lain.
  3. Tuhan tidak mencipta manusia dengan kebodohan.
  4. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.

Maka, muhasabahlah diri kita agar sentiasa merendah diri serta berakhlak mulia dan mendapat ganjaran pahala.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *