kisah pemuda berhutang bermimpi rasulullah

Ada kisah pemuda berhutang bermimpi rasulullah saw. Pemuda itu berhutang 500 dinar. Pemuda ini pergi meminjam daripada seorang saudagar untuk membantu beliau melunaskan hutang dengan orang lain itu.

kisah pemuda berhutang bermimpi rasulullah
Sumber Gambar : Sini

Saudagar itu bertanya bilakah dia akan lunaskan hutang, maka tarikh sekian sekian diberikan oleh pemuda itu.

Kisah Pemuda Berhutang Bermimpi Rasulullah

Pemuda itu telah menggunakan wang itu untuk melunaskan hutangnya kepada orang lain sehingga tidak tersisa sedikit pun wang itu.

Maka apabila tiba tarikh untuk bayar hutang, orang saudagar itu menagih hutangnya. Pemuda tadi orang yang jujur, dia memang tidak ada wang. Maka saudagar itu marah dan bawa pemuda itu berjumpa sang hakim.

Apabila di depan hakim, pemuda itu jelas bukan seorang pengkhianat kerana dia memang mengaku ada hutang cumanya dia memang benar benar tiada wang. Maka hakim kata dia melanggar janjinya, maka pemuda itu perlu dipenjara. Maka pemuda itu kata, saya terima saya akan dipenjara, tetapi beliau mahu diberikan masa sehari supaya dia boleh pulang berjumpa keluarganya.

Sang hakim berkata, siapa yang akan menjamin dirimu bahawa kamu akan kembali ke sini esok ? Maka pemuda itu kata, kalau saya berniat lari, saya akan lari sebelum hari ini lagi, saya tidak akan datang ke sini.

Maka qadhi/sang hakim itu berkata, jaminan mu apa ?

Maka kata pemuda itu, jaminanku “Rasulullah saw”.

Qadhi itu terkejut, apa maksudmu dengan jawapan mu bahawa jaminan mu adalah Rasulullah ?

Maka pemuda itu berkata, “ya qadhi, jika esok saya tidak kembali ke sini, saya bersedia ditolak dari ummat rasulullah saw”.

Sumpah pemuda ini kelihatan serius dan tidak main-main. Maka si qadhi tadi mendengar sumpah seperti ini, beliau memberikan keizinan kepada pemuda itu untuk pulang berjumpa keluarga beliau dulu.

Sampai dirumah, pemuda itu menceritakan segalanya kepada isteri beliau tentang hukuman penjara dan sumpah yang telah dibuat.

Maka isteri dia berkata, jika begitu jaminan Rasulullah saw, mari kita memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw.

Malam itu dia bermimpi berjumpa Rasulullah saw “Dalam mimpi itu Rasulullah bagitahu kepada pemuda itu supaya esok pagi pergi ke gabernor tempat beliau, dan beritahu gabernor tadi, Rasulullah mengucapkan salam kepada mu, dan sampaikan kepada dia bahawa, selawat gabernor itu 1000x setiap hari telah sampai kepadaku. Dan sampaikan juga kepada gabernor itu bahawa malam tadi gabenor itu kebingungan sama ada selawat dia telah cukup 1000x atau tidak. Katakan kepadanya bahawa selawatnya telah sampai 1000x malam tadi”. *mafhum

Maka bangun dari tidur, pemuda tadi pergi ke gabernor, dia sampaikan, Rasulullah saw sampaikan salam kepadamu. Nabi berkata selawat mu 1000x kepada Rasulullah saw sampai kepadamu dan malam tadi kau kebingungan sama ada selawat mu sampai 1000x cukup atau tidak, maka ketahuilah ia cukup 1000x. Dan rasulullah saw minta kamu membantu aku melunaskan hutang ku.

Gabenor itu terkejut dan sebak. Gembira.

Maka terlalu gembiranya gabenor itu dapat salam dari rasulullah dan selawatnya diterima, maka diambilnya 500 dinar dari baitulmal untuk pemuda itu lunaskan hutang.

Tidak cukup dengan itu gabenor itu ambil 2500 dinar dari wang peribadinya sebagai hadiah buat pemuda itu kerana dia datang membawa khabar gembira kepadaku.

Berkat selawat, pemuda itu dapat melunaskan hutangnya malah mendapat tambahan dinar untuk keperluan dia sendiri. Semoga kisah pemuda berhutang bermimpi rasulullah saw ini menjadi inspirasi kepada kita semua.

Tidak terhenti disitu, pemuda itu pergi berjumpa orang yang dia hutang untuk melunaskan hutangnya. Apabila sampai, orang tadi telah menunggu kedatangan pemuda itu di pintunya. Dengan tidak semena mena, lelaki itu telah memeluknya. Dia kata, berkat kamu, aku telah bermimpi Rasulullah saw, dan dalam mimpi itu Rasulullah saw berkata jika kamu bantu lunaskan hutangnya, maka aku akan membantu mu kelak di akhirat. ALLAHU akbar. Lelaki itu juga telah beri 500 dinar kepada pemuda itu sebagai hadiah kagi. ALLAHU akbar.

Asalnya hutang 500 dinar, tetapi hari ini lelaki itu telah mendapat ribuan dinar. ALLAHU akbar. Begitu cinta mereka kepada rasulullah, sanggup korbankan segalanya demi menunaikan permintaan Rasulullah saw.

PS : Cara Pajak Emas Public Gold

Semoga artikel kisah pemuda berhutang bermimpi rasulullah ini bermanfaat kepada semua. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *