Ramai orang masih tertangguh-tangguh niat nak beli rumah dengan harapan harga rumah akan turun. Tetapi ramai tak sedar kesan lambat beli rumah masa akan datang nanti. Jom kita lihat.
Kesan Lambat Beli Rumah
1. Tempoh Pinjaman Semakin Pendek
Kalau kita beli rumah melalui pinjaman, tempoh pinjman makin pendek makin kita berusia. Ini menyebabkan bayaran pinjaman bulanan makin tinggi. Sangat menderita dan rugi nak bayaran bulanan yang mahal. Bukan itu sahaja mungkin pinjaman kita susah nak lulus.

2. Insurans Perumahan Menjadi Mahal
Apabila sudah berusia insurans pinjaman perumahan menjadi mahal kerana tempoh pinjaman sangat pendek. Ia berkait rapat dengan point yang pertama di atas. Jadi sebaiknya belilah rumah di usia yang muda kerana banyak kebaikan yang kita boleh dapat.
3. Harga Rumah Semakin Mahal
Kalau kita sedar harga rumah semakin mahal setiap tahun. Harga rumah dulu dengan harga rumah sekarang sangat jauh beza. Semakin kita tunggu semakin kita tidak mampu beli rumah. Memang betul ada setengah rumah ada sedikit penurunan harga tetapi bukan untuk semua jenis rumah dan bukan semua lokasi.

Lagi pun penurunan harga rumah bukan untuk selamanya kerana bila kita lihat trend jangka masa panjang harga rumah pasti meningkat. Jadi jangan kita lambat miliki rumah sendiri.
4. Kenaikan Gaji Tak Secepat Kenaikan Harga Rumah
Realiti ini kita boleh lihat pendapatan isi rumah di Malaysia naik sebanyak 9.6%. Manakala harga rumah pula naik lebih kurang 15.6%. Tambahan pula dengan kenaikan kos sara hidup semakin sukar nak kejar harga rumah. Oleh itu, jika kita tidak membeli rumah sekarang, kita mungkin membeli rumah pada harga yang lebih mahal dari sekarang pada masa hadapan.

5. Lambat Dapat Keuntungan Pelaburan Hartanah
Rumah juga boleh jadi platform pelaburan. Apabila kita beli dan pegang untuk jangka masa panjang harga semakin meningkat dan kita akan tuai hasil pada suatu hari nanti. Untuk buat pelaburan hartanah ini perlu mula dari muda lagi sebab nak dapatkan hasil itu ambil masa yang lama. Sekiranya kita lambat beli rumah kita semakin lambat dapat keuntungan pelaburan.
Untuk info dan maklumat hartanah boleh layari Facebook Page iHartanahKu
Sumber: Arif Hussin
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my