img 2398

Youtuber Difitnah?

Belum reda isu Dai Syed akibat pertuduhan rogol, cabul dan seks luar tabie, tiba-tiba semalam dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan penahanan seorang youtuber terkenal yang akibat kes cabul.

Youtuber tersebut yang berusia 22 tahun direman dua hari selepas suspek tampil menyerah diri ke balai polis bagi membantu siasatan ekoran laporan yang telah dibuat oleh seorang wanita yang berusia 24 tahun.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani dan memancutkan air ke muka ketika mangsa berseorangan dalam sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

youtuber
Sumber Berita Harian

Setelah isu tersebut hangat diperkatakan di sosial media, seorang rakan suspek yang dikenal sebagai Zyma membuat satu kenyataan di twitternya mengatakan suspek dipercayai difitnah. Tambahnya lagi, mangsa menokok tambah dan mereka suatu cerita yang tidak benar dan palsu.

image
Satu tweet yang dibuat oleh rakan suspek

Rakan suspek tersebut juga mengatakan bahawa sehari selepas kejadian, mangsa kelihatan seperti biasa, gelak dan ketawa seolah olah tiada apa yang berlaku pada malam kejadian. Mungkin mangsa membuat laporan polis untuk kepentingan diri.

Apa pun spekulasi yang dikeluarkan netizen, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis untuk mencari bukti dan saksi atas dakwaan tersebut. Netizen dinasihati supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang berunsur hinaan terhadap mangsa atau suspek.

Sumber : Berita Harian & https://twitter.com/zyma___/status/1337262692080308224?s=21

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *