Capture 1

RAWANG: Dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita yang identiti mereka dikenal pasti dikenali sebagai Muhammad Faizal Abu Hassan, 43, merupakan seorang pesara polis dan Chong Kha Mun, 35 tahun, maut selepas kereta terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini lewat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat awam jam 6.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dihantar ke lokasi kejadian.

Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Biru
Kedua-dua mayat ditemui pada kira-kira jam 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Gambar/ Bernama
Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Biru

“Laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik.“Kedua-dua mayat itu ditemui pada kira-kira jam 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Capture
Kereta jenama Vios yang terhumban dalam Tasik Biru lewat petang semalam

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 6.10 petang itu, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios, sebelum kenderaan itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru Kundang.“Mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar dari tasik kira-kira 8.02 malam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA : Azmin Dedah Punca Tinggalkan PKR

“Terdapat kerosakan di bahagian depan kereta dan cermin, serta siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata, saksi bebas sedang dikenal pasti bagi membantu siasatan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

InsyAllah! Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *