Er3KqjwVEAA4mZF

Ayam Panggang “Kenny Roger” pun boleh buat di rumah saja!

Hampir genap seminggu Malaysia dikenakan PKP 2.0 setelah kenaikan kes Covid-19 mula direkodkan selepas tahun 2021 baru sahaja memulakan tirainya. Dek kerana PKP, sudah tentu ramai pekerja-pekerja tidak kira dari sektor awam atau swasta terpaksa berkerja dari rumah atau Work from Home. Jadi, sudah tentu anda banyak menghabiskan masa di rumah bukan?

Salah seorang netizen yang dikenali sebagai Bella di laman twitternya berkongsi satu resepi Ayam Panggang ala-ala Kenny Roger yang sangat mudah, simple dan sedap!

  1. Mari ikuti cara-cara dan langkah penyediaan Ayam Panggang ala Kenny Roger :

Bahan-bahan dibawah haruslah blend terlebih dahulu:

(bahan kisar untuk 1kg ayam)

2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 kiub ayam knorr / maggi

2 sudu serbuk lada hitam

1 senduk kecil sos black pepper

Sunquick

1 sudu makan garam

1 sudu teh gula

1 sudu makan air 100ml

Kenny Roger
Bahan-bahan yang pelu di Blend

2. Kemudian sediakan bahan diperapseperti dibawah.

Bahan Perap:

2 sudu madu (optional)

3 sudu minyak zaitun

1sudu besar mixed herbs

1 sudu besar parsley

Image
Bahan untuk diperap

3. Campurkan bahan kisar dan bahan perap bersama.

Image
Bahan perap

4. Kemudian gaul rata @ lumur rata atas ayam.

Jangan lupa untuk selit juga di dalam ayam. Anda dinasihati untuk perap selama 2 jam. Sebagai peringatan, bahan kisar dan bahan perap mengikut jumlah kuantiti ayam anda ya.

Image
Gaulkan ayam dengan bahan perap dan kisar

5. Langkah seterusnya, letak ayam yang telah siap diperap tadi di dalam oven.

Jika oven anda kecil, boleh gunakan suhu 180-200 celsius. Bakar selama 1h or 1h1/2m. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit untuk mengelakkan ayam tersebut daripada kering.

Image
Masukkan ayam dalam oven untuk dipanggang

6. Siap!

Ayam yang telah siap dipanggang dan sedia untuk dihidang bersama keluarga tersayang. power bukan? apa lagi, jom cuba!

Image
Ayam yang telah siap untuk dihidang

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber: https://twitter.com/bellaTutulip/status/1350458517652611072

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *