kenapa manusia tak habiskan apa dia mulakan

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa manusia tak habiskan apa dia mulakan. Perkara ini boleh dikatakan normal dan terjadi pada semua orang. Ada setengah orang mula ambil sesuatu course belajar skill baru, ketika awal-awal mereka merasa sangat teruja. Namun lama kelamaan semangat tu pudar, dan kita mula mencari benda yang baru. Perkara ini dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Shiny Object Syndrome. Walaupun ini biasa berlaku, ianya menjadi tidak normal jika ia kerap kali dan berulang kali berlaku pada seseorang sehinggakan apa sahaja projek or kerja yang dimulakan tidak akan sampai ke garisan penamat.

Otak kita sentiasa mencuba benda baru, tetapi benda yang dah dimulakan tidak pula dihabiskan.

Kenapa Manusia Tak Habiskan Apa Dia Mulakan

Para pengkaji menyatakan antara sebab nya kita suka memulakan sesuatu yang baru kerana persoalan realiti dan persepsi. Benda baru kelihatan indah kerana kita belum terjun ke dalamnya, dan kita melihat segala sisi positif dan keajaiban. Namun apabila kita sudah memulakan nya, realiti akan muncul, kesusahan dan cabaran yang kita tak bayangkan akan muncul. Ketika inilah ramai orang gagal, lalu berhenti dan mencari sesuatu yang baru sekian lama.

Hal ini juga terjadi kepada diri saya sendiri namun alhamdulillah sedikit demi sedikit makin berkurangan. Untuk atasi masalah ini, kita perlulah sedar akan akibat serta kerugiaan yang ditanggung jika asyik mencuba sesuatu yang baru tanpa habiskan.

shiny object syndrome
Image : Jan Sullivan

Kesan daripada terkesan dengan Shiny Object Syndrome ( Sikap tak habiskan dan sentiasa mulakan benda baru) adalah kita tidak akan menjadi expert dan tidak dapat mendapat manfaat sepenuhnya. Bak kata orang Inggeris, jack of all trades, master of none. Disebabkan kita buat semua benda sikit sikit tanpa go deep into details, maka kita tidak dapat mendalami dan menguasai apa pun. Jika kita faham perkara ini, maka kita akan faham kenapa manusia tak habiskan apa dia mulakan.

Orang yang mendapat manfaat dalam dunia hari ini, apabila dia benar benar menguasai bidang yang dia ceburi. Dia benar benar fokus sehingga mendatangkan hasil.

How your mind sees a shiny new object 1 1
Sumber : Productive Club

Cara Atasi ?

Untuk atasi masalah ini, kita kena sedar yang

  1. Perkara baru tidak semestinya lagi bagus daripada apa yang kita sedang usahakan.
  2. Lihat trend dan hype yang terdahulu ? Di mana mereka hari ini ?
  3. Tunggu dan Lihat
  4. Kenal pasti sama ada ia shiny object syndrome atau peluang keemasan ?

Secara kesimpulan, shiny object syndrome ini merugikan dan melambatkan kita mencapai kejayaan. Bahkan ia mendatangkan kerugiaan pada masa, kos dan tenaga kita.

Source : Personal Excellence

PS : Resipi Ayam Merah ala ala Kenduri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *