keropok

Jika anda penggemar keropok atau jajan, mesti anda selalu complain bahawa dalam satu beg keropok mesti isinya separuh dan selebihnya adalah angin.

Kalau kita beli roti Gardenia, kita akan dapat sepenuhnya roti dalam satu beg, sama juga dengan membeli air mineral botol, pon airnya sepenuh satu botol. Tapi kenapa bila kita beli keropok, yang dapat isinya separuh dan separuh lagi adalah angin? Sebagai pembeli, mesti kita tertanya – tanya kenapa kilang yang membuat keropok ini berbuat sedemikian.

Angin dalam Beg Keropok

Angin dalam beg bungkusan bukanlah bertujuan untuk saja – saja, ataupun ingin scam pembeli. Jawapan yang mudah adalah untuk memastikan keropok di dalam beg itu dalam keadaan yang baik. Keropok bersifat mudah hancur, angin di dalam beg keropok bertindak sebagai cushion. Aktiviti seperti menyusun di rak kedai, membawa keropok di jalan yang tidak sekata dan juga meletakkan keropok di tempat yang sempit boleh mengakibatkan keropok di dalam beg tersebut mudah hancur. Namun dengan adanya angin di dalam, ia dapat mengelakkan kejadian tersebut terjadi.

keropok

Sumber

Angin di dalam beg keropok bukanlah angin biasa – biasa, kilang menggunakan gas yang special iaitu nitrogen gas. Gas ini ada manfaatnya di dalam beg keropok. Tujuan gas ini adalah untuk memastikan kesegaran keropok di dalam beg. Seperti yang kita tahu, keropok bersifat mudah lemau. Namun tidak kah anda perasan, setiap kali kita beli keropok di kedai, amat jarang sekali keropok di dalam beg lemau. Jadi gas di dalam beg keropok memainkan peranan yang penting untuk kesegaran keropok.

keropok

Sumber

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *