Fattah Anas

Bapa Fattah Anas menderita.

fattah anas

Siapa tak kenal dengan gelagat budak comel bernama Fattah Anas dan bapanya. Video pertamanya yang tular di Malaysia ialah video si comel Anas di dalam sangkar yang mencuit hati semua netizen di Malaysia. Baru Baru ini bapanya Mohamad Firdaus, 27 memuat naik gambar muntah darah yang mengandungi serpihan paku karat melahirkan kerisauan buat semua netizen yang mengikuti perkembangan keluarga comel ini.

fattah anas

Kesian ANAS, Kesian Aneesa.. Depa kena tempias tu.. depa nampak tempias ni.. kesiankanlah kat depa..

Personaliti keluarga yang dahulunya ceria dan penuh dengan gelagat gelagat, mengundang unsur tidak senang hati dan jelas ternampak bahawa mereka sekeluarga telah terkena buat orang disebabkan oleh perbuatan manusia yang zalim.

fattah anas

Bapa Anas mohon hentikan perkara ini demi kesejahteraan keluarganya

Bapa kepada kanak kanak terkenal Fattah Anas itu menegaskan supaya sesiapa yang berniat tidak baik kepada mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Katanya lagi, bahawa anas pernah beranggapan seperti bapanya tidak menyayangi nya lagi kerana dia bermimpi yang bapanya tidak mengendahkannya malah hanya tetap melayan ‘rakan-rakannya’.

693746

Ternyata orang kita memang tak lekang lagi dengan budaya tidak bersosial ini. Tak boleh sikit nampak orang senang. Sabda Rasulullah SAW tentang perbuatan ini yang berbunyi,

Ketahuilah perbuatan ini merupakan dosa yang berat. Ditambah pula dengan perbuatan menzalimi saudara seIslam. Berganda beratnya. Semoga pelaku di beri balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Admin kakibawang.my mendoakan semoga keluarga Fattah Anas tabah dengan dugaan ini dan semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga. Dan semoga Fattah Anas kembali ceria dan memberi senyuman buat kita semua lagi In Shaa Allah.

Sumber:

Twitter

Ohmymedia

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *