kelebihan surah al kahfi

Terdapat banyak kelebihan Surah al Kahfi ini, Surah Al Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah).

Surah Al-Kahf atau Ashabul Kahf adalah surah ke-18 yang terdapat di dalam Al-Quran setelah surat Al-Isra’. Surat ini terdiri dari 110 ayat dan tergolong surat Makkiyah

Tapi tahukah kita apakah kelebihan surah Al Kahfi yang sering diulang-ulang ini?

Kelebihan Surah Al Kahfi

  1. Dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat
    Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:
    “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

    (HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)
  2. Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.
    dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

    Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.

    (Sunan Ad-Darimi: 3273)

    Tahukah Sahabat apa Baitul ‘Atiq itu? Baitul ‘Atiq adalah nama lain Ka’bah yang disebut juga dengan istilah Baitullah (Rumah Allah), Baitul Haram (Rumah Suci), yaitu “rumah tua” yang dibangun kembali oleh Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail a.s. atas perintah Allah SWT.
  3. Terselamat daripada fitnah Dajjal
    Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

    Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

    Hadith riwayat Muslim: 1342

Membaca Surah al Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Sumber rujukan: siraplimau, hmetro

#Kelebihan Surah Al Kahfi

Baca juga;
Kelebihan surah al Waqiah
Kelebihan surah assajdah

Semoga dengan membaca artikel Kelebihan Surah Al Kahfi ini kita dapat semangat unutk mengamalkannya.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *