kelebihan surah al baqarah

Terdapat banyak kelebihan surah al baqarah, jadi dalam artikel ini kita akan membincang kelebihan surah ini, tapi sebelum itu ini pengenalan tentah surah ini. 

Surah Al Baqarah adalah surah ke-2 dalam Al-Qur’an. Surah ini terdiri dari 286 ayat, dan 25,500 huruf dan tergolong surah Madaniyah. Surah ini merupakan surah dengan jumlah ayat terbanyak dalam Al-Qur’an.

Surah ini dinamai al-Baqarah yang artinya Sapi Betina sebab di dalam surah ini terdapat kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67-74).

Surah ini juga dinamai Fustatul Qur’an (Puncak Al-Qur’an) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Dinamai juga surah Alif Lam Mim karena ayat pertama di surah berisi tiga huruf arab yakni AlifLam, dan Mim.

Kelebihan Surah Al Baqarah

  1. Rumah tidak di masuki syaitan
    At Tirmidzi dan Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :

    “Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kubur, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

    Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al Baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang kosong dari kitab Allah (Al Quran)”.
  2. Perlindungan dari segala kejahatan
    Dari Abu Mas’ud Albadri r.a berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

    “Barangsiapa membaca dua ayat dari surah Al Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat sama  dengan bersembahyang malam)”. Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
  3. Mendapat syafaat di padang mahsyar
    Surah Al Baqarah dan surah Ali Imran dipanggil surah Az Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.

    Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:” Bacalah Al Quran kerana Al Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al Baqarah dan Ali Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat.”
  4. Melindungi dari sih1r
    Kemudian beliau bersabda lagi, “Bacalah Al Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bermaksud penyesalan. Dan para tukang sih1r tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)”. Kedua hadis diatas diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As Shalah.

    Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat. Imam Al Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”
  5. Untuk memohon doa agar di kabulkan
    Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika malaikat jibril berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:

    “Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: Fatihul kitab dan akhir Al Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi.” (Riwayat Muslim)

Moga dengan artikel kelebihan surah al baqarah ini kita dapat sampai dan mengamalkannya.

Sumber rujukan: alMukhlisin

Baca juga:
Kelebihan Surah al Sajdah
Kelebihan Surah al Mulk

#kelebihan surah al baqarah,kelebihan surah al baqarah,kelebihan surah al baqarah

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *