kelebihan puasa rejab
kelebihan puasa rejab
Sumber gambar : Sini

Mengenai kelebihan puasa rejab, pandangan saidina abdullah umar dan saidina umar khatab berpegang tidak ada puasa di bulan Rejab. Bahkan saidini umar pernah memukul orang yang berpuasa di bulan Rejab. Hadis dalam sunan ibnu majah, nabi melarang orang berpuasa di bulan Rejab. Hadis ni dari sanad nya banyak diperbincangkan.

Dan dikatakan Saidina Umar ingin membersihkan sisa sisa keyakinan jahiliah tentang bulan Rejab yang melakukan perbuatan perbuatan yang bercanggah dengan syarak. Maka saidina umar waktu itu melarang membesar dan mengagungkan bulan rejab agar dapat menghakis sisa jahiliah yang melakukan perkara perkara yang tidak ada dasar kesahihan dalam agama yang dilakukan pada bulan Rejab. Ini sebab utama Saidina Umar melakukan perkara tersebut.

Wujudkah Kelebihan Puasa Rejab ?

Adapun puasa Rejab, terdapat beberapa riwayat yang disandarkan dalam hadith kalau Nabi berpuasa di bulan Rejab. Dalam riwayat yang lain di bulan Syaaban. Imam Nawawi mengatakan hadith ketika ditanya berpuasa di bulan Rejab, nabi berpuasa seakan akan tidak berbuka. Kadang berbuka seolah olah tidak berpuasa. Imam Nawawi tafsir bahawa menunjukkan bukan hanya di bulan rejab sahaja digalakkan berpuasa akan tetapi dikongsi juga oleh bulan bulan lain.

Akan tetapi berpuasa di bulan Rejab masuk dalam kategori hadith yang diriwayatkan oleh al Imam Daud, puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan adalah berpuasa di bulan bulan haram.

Bulan haram adalah 4, zulkaedah, zulhijjah, muharram dan rejab. Dirujuk oleh hadith diriwayatkan Imam Abi Daud itu, di dalam bulan bulan yang haram tu termasuk lah bulan Rejab. Maka diperbolehkan dan disunnahkan.

Menjadi pertanyaan, antara 4 bulan haram, mana satukah paling afdal. Yang afdal adalah bulan Muharram kemudian Rejab.

Kelebihan puasa rejab ini menjadi perbezaan pendapat dalam kalangan ulama sendiri. Masing masing mempunyai dalil untuk menyokong pendapat masing masing.

Sumber : Petikan Kuliah Habib Ali Zainal Abidin

Semoga artikel kelebihan puasa rejab ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Baca : Kelebihan Zikir Hauqalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *