kucing

Comelnya kucing tuuu! Eeee geram!

cute cat videos lede 1300x882 1

Comelnya kucing tu! Haa kita selalu dihidangkan dengan video gelagat gelagat kucing di ruang social media mahupun real life. Pernah tak kita rasa macam tenang je bila tengok kucing? Kalau admin stress, admin akan scroll social media tentang kucing. Immediately stress level dia berkurang dengan mendadak! So, mesti pembaca tertanya kan apa sebab makhluk kecil ini dapat memberi impak yang besar pada kita manusia ini. Kalau kita tengok pemeliharaan kucing dari segi syarak Islam, hukumnya harus dan sangat dituntut oleh Islam. Ini sangat selaras dengan hadis yang disampaikan jelas dari Junjungan Mulia kita yang tercinta Rasulullah SAW yang bermaksud,

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

“ Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu “ 


Hadis Riwayat Muslim.

Haa mesti para pembaca dah mula rasa excited kan untuk start membela haiwan peliharaan paling comel ini kan. Jom kita baca 7 kelebihan mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan. Ayuh!

image
  1. Boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian telah membuktikan bahawa memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan dapat mengurangkan stress level pada seseorang. Sekali gus dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Tambahan pula jika memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan dapat mengurangkan risiko kepada apa jua cabang penyakit jantung termasuk penyakit stroke sebanyak 30 peratus efektif! Wow! Tak disangkal lagi kenapa bila admin stress dan admin tengok video kucing terus hilang rasa stress. Subhanallah!

  1. Otot, Tulang dan Tendon kita dapat membaiki dengan cepat apabila berintaraksi dengan kucing yang sedang purring.

– Kucing yang purring adalah merupakan salah satu keasyikan dan ketenangan di alam semesta ini! Ini merupakan salah satu reaksi kucing yang menunjukkan bahawa beliau amat gembira dan selesa disamping kita. Kajian telah membuktikan bahawa bunyi purring kucing dapat memberi kelebihan penyembuhan teraputik pada tulang dan otot manusia. Selain itu, kucing juga mengeluarkan getaran pada frekuensi 20 hingga 140 HZ dan kajian telah mendapati frekuensi dari 18 sehingga 35 HZ dapat memberi efek positif kepada sendi yang baru mengalami kecederaan. Subhanallah begitu menakjubkan ciptaanMu ya Allah!

  1. Membantu anda untuk tidur dengan lebih efektif.

– Beberapa kajian dari United Kingdom (UK) telah mendapati bahawasanya wanita terutamanya lebih cenderung untuk tidur bersama kucing mereka daripada pasangan mereka dan mereka juga mengatakan yang mereka tidur lebih nyenyak berbanding seorang manusia sebagai peneman di katil. Tambahan pula, kajian paling baru daripada Mayo Clinic Center for Sleep Medicine telah menemukan kajian yang 41 peratus daripada golongan penyelidik mendapati bahawa mereka tidur nyenyak disebabkan oleh kucing peliharaan mereka manakala hanya 20 peratus sahaja yang mengatakan bahawa haiwan peliharaan ini mendorong kepada gangguan tidur. Wah! Sesuai untuk warga wanita luar sana yang belum di rezeki kan dengan jodoh atau pasangan. Ia boleh mebantu anda tidur dengan lebih nyenyak! Subhanallah sungguh menakjubkan ciptaanMu ya Allah!

  1. Kucing dapat meningkatkan daya tarikan buat wanita.

– Satu kajian yang di jalankan oleh sekumpulan penyelidik haiwan peliharaan, Dr June Nicolls telah mendapati bahawasanya terdapat pembuktian specific mengatakan wanita yang memelihara kucing adalah lebih tertarik oleh lelaki dengan 90 peratus keberkesanan. Haaa ini satu tips yang baik untuk kaum wanita! Apa tunggu lagi? Pergi dapatkan anda satu kucing peliharaan!

  1. Kucing dapat mengurangkan Stress dan Anxiety

– Memiliki seekor kucing di persekitaran kita jelas mengeluarkan satu aura positif yang membantu diri untuk kekal bertenang dikala situasi tegang sekali gus mengurangkan tahap stress dan anxiety dalam diri. Kucing terkenal dengan keadaannya yang sangat senang dijaga dan memerlukan sesi penjinakan yang minimal. Ini sedikit sebanyak cukup untuk membuat anda dan kucing anda sama sama gembira dan tenang bersama. Ini tersangatlah penting. Stress dan anxiety ini ibu segala penyakit penyakit kronik. In Shaa Allah dengan izin Allah, ciptaan Allah yang bernama kucing ini mampu untuk membantu anda mengurangkan stress dan tekanan anda di mana sahaja. Subhanallah!

  1. Kucing dapat mengurangkan penyakit alergi terutama untuk kanak kanak

– Pada tahun 2002, kajian daripada National Institutes of Health telah mengeluarkan satu dapatan kajian yang membuktikan bahawa kanak kanak yang berumur kurang dari setahun yang terdedah kepada interaksi dengan kucing dapat mengurangkan risiko kepada merak untuk menghidap pelbagai jenis penyakit alergi. Menurut seorang Pegawai kepada Mekanisma Alergi dari National Institute of Allergy and Infectious Diseases, mengatakan “ Kanak kanak yang terdedah dengan kucing tidak hanya dapat melindungi mereka dari alergi dari haiwan peliharaan tersebut malah dapat menjadi pendinding mereka pada alergi yang kebiasaan seperti alergi kepada hama, ragweed dan rumput.” Subhanallah begitu menakjubkan ciptaanMu ya Ilahi Rabbi!

  1. Walaupun dengan menonton video kucing amat baik buat anda!

– Kajian daripada lebih 7000 orang telah dibuat oleh Indiana University Bloomington mendapati bahawa hanya dengan menonton video-video kucing di dalam internet dapat mengeluarkan aura dan emosi yang positif sekali gus menurunkan aura negatif dalam diri. Haaa, ini lah yang selalu admin buat! Patut lah selama ini admin tengok video kucing admin sentiasa rasa bertenaga dan ceria. Ya Allah! Sungguh menakjubkan ciptaanMu Ya Rabbi! Suhanallah!

Sumber:

https://www.goodnet.org/articles/7-scientifically-proven-health-benefits-being-cat-owner

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *