Ucapan salam assalamualaikum dalam Islam adalah suatu amalan sunat. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Orang yang rajin memberi salam kepada saudaranya akan mendapat beberapa kelebihan. Kelebihan memberi salam ini wajar menjadi kita lebih bersemangat menyapa sahabat-sahabat kita.
Nabi saw bersabda “Orang yang terlebih dahulu memberikan salam kepada saudaranya, maka ALLAH akan membangunkan untuknya satu istana dalam syurga”.

Kelebihan Memberi Salam
Mari kita lihat kelebihan memberi salam yang disebutkan lagi dalam hadis.
- Orang terlebih dahulu memberi salam adalah orang mulia
Nabi bersabda ” Sesungguhnya seutama utama manusia pada ALLAH ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam dalam kalangan mereka”. – Riwawat Abu Daud
2. Memberi Salam Antara Amalan Terbaik
Rasulullah saw pernah ditanya, “Mana satu amalan Islam yang terbaik ? Lalu jawab baginda, “Kamu menjamu orang makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak”. – Riwayat al Bukhari
3. Salam Merupakan Salah Satu Nama ALLAH
Sabda Nabi Saw ” Al- Salam salah satu nama ALLAH yang diletakkan di bumi, maka sebarkanlah salam antara kamu” – riwayat bukhari
Ternyata memberi salam mempunyai banyak kelebihan disisi ALLAH. Kelebihan memberi salam ini bukan sahaja untuk kebaikan akhirat bahkan mampu mewujudkan suasana harmoni di dunia ini lagi. Terutama kita orang Islam dan yang belajar agama, rajin kan memberi salam dan menyapa sahabat sahabat mahupun yang tak dikenali, semoga ianya menjadi asbab hidayah juga.
PS: Skrin telefon anda kotor !
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my