Kayap Ular

Kayap Ular? Apa tu?

Kayap Ular

Siapa tak kenal kayap ular ini. Rasanya semua cakna dengan penyakit kulit ini. Orang dulu dulu sering memberi peringatan, jangan bermain kotor kerana dikhuatiri terkena kayap ular. Mereka juga sering memperingatkan jika kayap ular ini melingkar dan bersambung dalam suatu bentuk lilitan maka ia boleh menyebabkan kematian.

Baru baru ini seorang Dr Perubatan yang popular di laman sosial Twitter, yang bernama Dr Kamarul Arifin @dr_chaku telah menaikkan satu tweet memperjelaskan tentang mitos ‘Kayap Ular’ yang sentiasa segar dalam ingatan kita. Ayuh kita olah setiap bait penjelasannya.

Apa penyakit Kayap Ular ini?

Kayap (herpes zoster) ini adalah penyakit yang disebabkan jangkitan Varicella Zoster Virus(VSV), iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox(cacar air). Kayap ni, adalah penyakit susulan daripada chicken pox.

Seperti yang diceritakan oleh Dr Kamarul Arifin, kayap ini merupakan salah satu cabang dari penyakit kulit yang bernama herpes yang boleh dikatakan sejalur dengan penyakit chicken pox (cacar air).

5 herpes zoster19 600 399 70 300x200 1

Apabila seseorang dijangkiti VSV, maka dia akan mendapat simptom yang kita panggil chicken pox. Kemudian selepas chicken pox itu pulih, virus ni tak mati. Ia akan duduk diam-diam di dalam akar saraf. Ia akan aktif semua jika sistem imun individu menurun.

Oleh kerana virus ni duduk dalam akar saraf, apabila dia aktif semula, ia akan menjangkit saraf berkenaan disepanjang laluan (dermatome) saraf tu.

Dr Kamarul menjelaskan, penyakit kulit ini bersangkut paut dengan keadaan imun sistem di dalam badan seseorang. Apabila seseorang terdedah dan terjangkiti dengan Varicella Zoster Virus(VSV) maka secara automatik dia akan mendapat simptom chicken pox yakni cacar air.

Mula-mula pesakit akan rasa pedih dan membakar di sepanjang jalur saraf tu, kemudian naik lepuhan-lepuhan berair di situ. Jalur saraf ni memanjang, jika di bahagian badan, ia sepanjang tulang rusuk. Biasanya di sebelah bahagian badan sahaja.

Biasa kayap ular ini, apabila kita terkena ia akan menunjukkan kemerahan yang berjalur dan naik lepuhan lepuhan yang berair. Memang sakit!

kayap

Kayap ini boleh melingkar pada badan ke? Kalau dia melingkar betul ke akan mati ?

Jarang kayap ni melingkar sekeliling badan, tapi tak mustahil. Jika ia berlaku lazimnya kerana pertahanan imun tubuh pesakit itu telah terlalu rendah. Jangkitan kayap yang teruk boleh menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya:

Postherpetic neuralgia: iaitu kesakitan pada jalur saraf, walaupun ruam sudah tiada. Ada pesakit yang masih rasa sakit walaupun sudah berbulan-bulan.

Buta & Pekak: Jika terkena pada saraf muka, muka boleh lumpuh. Jika di mata, boleh buta. Jika di telinga, boleh pekak.

Radang otak dan selaput otak: ia jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku, ia sesuatu yang amat serius. Jika tak rawat, sebabkan kematian.

Dr Kamarul telah menjawab persoalan yang selama ini bermain di fikiran kita semua. Ya, memang tidak dinafikan penyakit kayap ini bukan suatu yang boleh dibuat main. Kerana ia bersangkut paut dengan tahap imunisasi tubuh yang bertindak melawan benda asing yang singgah ditubuh. Tapi apakah tahap risiko sebenarnya kayap ini sebenarnya? Dan betul ke kalau melingkar boleh mati Dr?

Penyakit kayap ni boleh menyebabkan kematian tetapi ia disebabkan oleh komplikasi yang serius ekoran imuniti rendah, bukan kerana ia melingkar di keliling badan.

Oooo macam itu rupanya. Di pendekkan cerita, kayap ular yang melingkar tidak boleh menyebabkan kematian! Akan tetapi kita tidak boleh memandang penyakit ini sebelah mata. Ia tetap penyakit yang serius dan tetap perlu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Apa rawatan kayap?

Walaupun ada pesakit yang boleh pulih sendiri tanpa rawatan, doktor biasanya akan beri ubat antiviral, salap(sapuan), ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidakselesaan pesakit, dan memendek kan tempoh pemulihan.

Terima kasih buat Dr Kamarul atas pencerahan yang sangat bermakna ini! Buat pembaca yang ingin membaca terus posting tweet tersebut, sila baca dibawah.

Semoga bermanfaat buat semua In Shaa Allah!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *