kalau aku kaya

Kalau aku kaya 2x

Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Kalau aku kaya – Altimet ft Awie Rafael
kaya tapi
Kalau aku kaya! Tapi macam mana kalau semua orang kaya?

Cuba anda bayangkan jika semua orang di Malaysia malam semalam Allah kurniakan RM 100,000,000 setiap seorang terus ke dalam akaun bank. Anda bangun pagi tadi, lepas tu cek akaun melalui apps Maybank2u, punyalah terkejut sebab ada RM 100 juta dalam akaun korang.

Tak pasal jadi orang kaya, kita pun terus buat planning untuk masukkan duit untuk pelaburan, bagi emak dan abah di kampung, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan umpama tiada hari esok dan pergi Melancong dan Umrah.

Tak cukup dengan itu, kita pun telefon emak di kampung dengan tujuan nak tanya khabar dan kirim duit untuk mereka. Tiba-tiba emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak pon merupakan seorang jutawan.

92677 uang pemicu stres 665 374

Lepas kejadian itu, anda pon keluar dari rumah untuk pergi selesaikan urusan anda. Keluar sahaja dari rumah, baru nak hidupkan kereta myvi kesayangan anda, tiba-tiba myvi anda pula rosak. Tak fikir panjang terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport.

Tanpa perlu fikir lagi, anda terus mencari jalan untuk pergi ke pusat pameran kereta mewah. Anda pun call 03-33333333 untuk dapatkan kereta sewa sebab myvi anda dah rosak, namun…… “Sorry encik, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan.”

Anda pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan. Seterusnya anda mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan. Parah ni!!

Anda teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana anda agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

ilustrasi stres karena uang 20180923 085341 1

Anda mula fedup dan melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk memesan teh ais sedap yang padu bagi menghilangkan rasa tertekan. Namun kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Anda semakin tidak keruan. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan. Kok bisa!!

Anda melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. Bukan itu saja, banyak stesen minyak yang tidak beroperasi kerana terputus bekalan minyak dek kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan. ARGGGGHHHHHHHH! STRESSS BETUL AKU!!!!!!!!!!!

kalau aku kaya

Jadi, bagaimana pula dengan keadaan kita wahai sahabat? Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna. Tiada cacat cela dari Allah, semuanya diatas kita samada hendak bersyukur ataupun tidak.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat/jawatan yang lebih, jangan sesekali angkuh, berlagak dan memandang rendah kepada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini. Hal ini demikian kerana tanpa kita sedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Lagi artikel menarik:

  1. Keyboard Shortcuts for Windows 10 – Easy Way
  2. Extraordinary Story of Anak-anak Sidek, 5 Lagenda Badminton Malaysia
  3. Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *