Jepun

Jepun dan pekerjaannya kalau tak pelik tak sah!

Seorang lelaki di Jepun yang bernama Marimoto Shoji, 37 tahun telah di gajikan untuk berkerja sebagai seorang yang ‘tidak perlu berbuat apa apa’. Documentary yang dirakam selama 1:57 telah di post kan oleh South China Morning Post di twitter rasmi mereka.

Jepun
Shoji dan kliennya

Di Jepun, Pekerjaan sebagai seorang yang ‘tidak perlu berbuat apa apa’

Marimoto Shoji yang dikenali sebagai Shoji telah mengambil upah sebagai seorang yang ‘tidak berbuat apa apa’ kepada insan insan yang perlu kehadiran teman. Dia memberi tahu skop pekerjaannya hanya perlu ‘tidak berbuat apa apa’ kecuali makan dan minum.

Malah beliau juga menceritakan yang beliau hanya perlu membalas beberapa perkataan yang di rasakan perlu sahaja apabila majikannya bertanyakan soalan.

3
Takahiro menziarah lewat mendiang rakannya

Shoji diupah hanya untuk memenuhi kehadiran seorang teman buat kliennya

Berdasarkan oleh kesemua pelanggan Shoji, apa yang mereka perlukan hanya memerlukan kehadiran teman.

Salah seorang klien Shoji yang bernama Takahiro menceritakan bahawa beliau baru sahaja kehilangan seorang sahabat yang paling beliau sayangi 3 bulan yang lepas. Beliau tidak percaya perkara yang berlaku tersebut dan tidak sanggup untuk pergi ke perkuburannya.

Disebabkan itu beliau berasa sunyi, dan dengan itu tercetusnya sebab dia mengupah Shoji.

4
Klien Shoji, Takahiro

Shoji menerima permintaan dari pelanggannya hanya untuk ‘mendengar’

Kebanyakan pelanggan Shoji mengupah beliau untuk hanya sebagai pendengar yang setia kepada mereka. Beliau juga merumuskan bahawasanya tidak semua orang ingin berada dalam situasi dimana kelemahan dan kekurangan mereka ditunjuk dikhalayak ramai. Jadi meraka perlukan seorang teman untuk hanya mendengar kisah mereka.

Beliau dibayar sebanyak 10,000 yen bersamaan dengan RM386.29 termasuk cas pengangkutan dan sebagainya. RM386.29 untuk tidak berbuat apa apa? Wow menakjubkan!

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *