iOS 14

Seperti yang kita jangkakan, setiap tahun Apple akan melancarkan iPhone yang terbaru. Ramai yang teruja dan juga ramai yang kecewa. Jadi adakah iPhone terbaru dari Apple berbaloi untuk di naik taraf dari iPhone lama? Poket anda tidak tebal? Mari ikuti info di bawah ini.

Di sini saya sertakan adakah iPhone 12 berbaloi untuk dibeli.

1. Rangkaian 5G

5G network
Capacity Media

Rangkaian 5G merupakan teknologi yang terbaru yang telah diperkenalkan di dunia. Ia mempunyai kebolehan untuk download dan upload pada kadar kelajuan yang tinggi berbanding 4G. Namun jika kita lihat pada situasi dan keadaan di Malaysia, rangkaian 5G belum lagi meliputi di seluruh Malaysia. Sepertimana yang kita dapat lihat permulaan era 4G di Malaysia, ia mengambil masa beberapa tahun untuk meliputi seluruh negara. Hal ini juga akan berlaku pada rangkaian 5G. Negara kita akan mengambil masa beberapa tahun sebelum seluruh Malaysia mempunyai rangkaian 5G. Jadi jika anda beli iPhone 12 pada waktu ini, maka anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya ciri terbaru pada iPhone tersebut.

2. Camera Hampir Sama Dengan Model Terdahulu

iphone camera
https://apple.com/

Sudah pasti camera pada iPhone 12 lebih baik pada model terdahulu. Tapi adakah ‘lebih baik’ ini berbaloi untuk kita naik taraf? Mari kita bandingkan camera dengan iPhone 11.

SpeciPhone 12iPhone 11
Wide Angle12 Megapixel12 Megapixel
Ultra Wide Angle12 Megapixel12 Megapixel
ApertureUltra Wide: ƒ/2.4 aperture and 120° field of view
Wide: ƒ/1.6 aperture
Ultra Wide: ƒ/2.4 aperture and 120° field of view
Wide: ƒ/1.8 aperture
Night ModeUltra Wide, WideWide
Deep FusionUltra Wide, WideWide

Seperti yang kita lihat ada sedikit perubahan aperture pada camera jenis wide angle. Dari segi penggunaan harian, perubahan ini tidaklah memberi kesan yang besar. Namum jika anda suka tangkap gambar pada keadaan yang tidak mempunyai banyak cahaya, ya iPhone 12 akan memberi kelebihan kepada anda. Tapi anda perlu ingat, berapakah kekerapan anda untuk tangkap gambar pada keadaan ini? Jika anda jarang atau hanya mahu gambar yang dihasilkan dalam keaadaan baik dan cantik, maka anda boleh jimat duit anda dengan mengambil iPhone 11. Jangan risau, iPhone 11 akan masih relevan pada beberapa tahun akan datang. Dari segi camera, adakah rasa iPhone 12 berbaloi untuk di naik taraf?

3. Ekosistem iOS

iOS 14
https://theconversation.com/apple-is-starting-a-war-over-privacy-with-ios-14-publishers-are-naive-if-they-think-it-will-back-down-146227

Jika anda peminat setia Apple, sudah pasti anda sudah fasih dengan ekosistem iOS. Kelebihan ekosistem dari Apple ini sangat memberi kesan kepada pengguna iPhone. Kita ambil contoh iPhone SE generasi pertama, iPhone dilancarkan pada tahun 2016 dan usia peranti ini pada tahun 2020 sudah mencecah 4 tahun. Namun peranti ini masih lagi sokong iOS terbaru iaitu iOS 14! Seperti yang anda boleh jangkakan, jika anda beli iPhone 11 atau iPhone XS pada tahun 2020, sudah iOS di masa akan datang ia akan masih sokong pada peranti-peranti ini. Perkara ini sangat menarik dan memberi kelebihan yang besar bagi pengguna iPhone. Sudah semestinya jika anda fokus dan lebih pentingkan sokongan iOS kepada peranti anda, sudah semestinya iPhone 12 berbaloi untuk di naik taraf dan dimiliki.

4. Jurang Harga Yang Besar

money malaysia
https://www.klia2.info/tools/check-exchange-rate/

Sudah kita sedia maklum, iPhone bukanlah peranti yang murah. Sebagai rakyat Malaysia, secara puratanya anda memerlukan sebulan atau dua bulan gaji untuk memilih peranti ini. Jumlah ini bukan jumlah yang kecil. Jadi berapakah harga bagi iPhone 12 dan iPhone terdahulu? Di sini saya sertakan harga rasmi dari Apple pada tahun 2020.

iPhone 12iPhone 11iPhone XR
HargaRM 3,899RM 2,899RM 2,399
Storan64gb64gb64gb

Bagi storan 64gb, jurang harga antara model iPhone 12 dan iPhone 11 adalah sebanyak RM1000. Jumlah ini bukanlah jumlah yang kecil bagi sesetangah rakyat Malaysia. Apabila kita lihat perbandingan sebelum ini, adakah berbaloi untuk kita berbelanja lebih untuk iPhone terbaru? Anda perlu pertimbangkan juga tentang storan. Bagi saya, storang 64gb sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Ini kerana gambar dan video yang dihasilkan oleh iPhone mempunyai saiz yang besar. Jika anda ingin memakai iPhone untuk jangka masa yang lama, sudah pasti anda akan memilih storan yang lebih besar. Anda perlu ingat bahawa storan yang besar bermaksud harga juga akan tinggi. Mari kita lihat perbandingan harga pada setiap storan.

iPhone 12iPhone 11iPhone XR
HargaRM 4,099RM 3,099RM 2,599
Storan128gb128gb128gb
iPhone 12iPhone 11iPhone XR
HargaRM 4,599RM 3,599N/A
Storan256gb256gbN/A

Seperti yang anda lihat pertambahan harga juga agak tinggi. Anda perlu juga membeli palam pengecas dan Earpods kerana Apple sudah tidak lagi menyediakannya di dalam kotak. Tambahan pula, anda perlukan casing dan juga screen protector untuk melindungi iPhone baru anda. Jika anda betul-betul inginkan peranti terbaru, saya sarankan anda untuk memilih storan yang lebih besar supaya iPhone 12 berbaloi untuk diguna pakai pada jangka masa yang lama.

Secara kesimpulannya berbandingan dan sebab ini tidaklah diaplikasikan kepada semua pengguna. Mungkin bagi pengguna yang tidak mempunyai bajet yang besar, info-info di atas memberi sedikit sebanyak idea kepada anda. Namun jika wang bukanlah menjadi penghalang, tiada masalah untuk terus membelinya.

Sekian.

Jika anda belum melihat info tentang iPhone 12, boleh klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *