arab

Info Menarik Mengenai Kekayaan Keluarga Di Raja Arab Saudi.

Pernahkah anda terfikir siapakah keluarga yang paling terkaya di dunia? Ya, Kekayaan keluarga Di Raja Arab Saudi merupakan salah satu keluarga yang mempunyai harta yang paling kaya yang dianggarkan bernilai lebih kurang USD1.5 trillion. Nilai ini adalah 16 kali ganda lebih dari kekayaan keluarga diraja British.

Keluarga Al Saud menguasai kebanyakan wilayah arab pada awal 1930an, dan di bawah pemerintahan Ibnu Saud sebagai pengasas Kerajaan Arab Saudi yang juga dinamakan menggunakan nama keluarga ‘Saud’.

Sejak Raja Abdulaziz Al-Saud mengasaskan kerajaan moden Arab Saudi pada thun 1932, perubahan yg berlaku di tanah arab ini sgt mengagumkan. Dalam beberapa dekad saja, kerajaan arab ini bertukar dri Kawasan padang pasir kpd negara yg moden.

Image
Kota Arab Saudi dahulu dan kini

Semasa pemerintahan Raja Abdulaziz terdapat byk infrastruktur dibina. Beliau mengarahkan pembinaan jalan dan sistem komunikasi, memperkenalkan teknologi moden, menambahbaik bidang pendidikan, kesihatan, dan pertanian.

Keluarga diraja Saudi ini akhirnya menjadi semakin kuat, dan mengumpul nilai harta yang sangat banyak selepas menjumpai telaga minyak pada tahun 1937.

Kini, Arab Saudi berada di bawah pemerintahan Raja Salman yg telah dimahkotakan sbg raja pada 23 Januari 2015 apabila abg beliau Raja Abdullah mangkat. Beliau mempunyai nilai harta peribadi lebih dari 18 billion USD, yg menjadikan beliau paling atas dalam senarai keluargaSenarai nama lain yang mempunyai kekayaan yang paling banyak adalah Anak Raja Salman sendiri (Mohammed bin Salman) dan seorang lagi Putera Alwaleed bin Talal.

Image

Jumlah kekayaan yg begitu byk pd putera&puteri dlm keluarga ini membolehkan mereka memperolehi kelebihan politik. Dianggarkan trdpt seramai 15,000 org dalam keluarga diraja Saudi, namun sebahagian besar harta tersebut dibahagikan kepada 2,000 orang shj dlm kalangan mereka.

Kemewahan tnp had yg dimiliki oleh keluarga diraja Saudi ini iaitu jet peribadi, kapal pelayaran mewah, istana, perabot mewah disalut emas. Antara individu yg paling byk berbelanja ialah Putera Mahkota Mohammed bin Salman (ank kepada Raja Salman) yg selalu membeli aset yg mahal.

Image

Beliau telah membeli aset yg mewah spt kapal layar yg berharga 400 juta pound dan sebuah hasil lukisan Leonardo da Vinci yang berusia 500 tahun iaitu ‘Salvator Mundi’ yg berharga 450 juta USD yg merupakan lukisan termahal di dunia.

Putera Alwaleed jg antara individu terkaya dgn nilai aset sekitar 15 billion pound. Beliau disenaraikan sbg individu ke 45 terkaya di dunia & terkenal di negara barat. Beliau byk melabur dlm hartanah, bank, teknologi, & mempunyai sejumlah saham di Twitter, Apple & Citigroup bank.

Empayar terbesar yg dimiliki oleh keluarga Saud ialah Saudi Aramco, syarikat minyak gergasi yg dianggarkan bernilai 2 trillion USD. Pada 9 bulan pertama 2019, syarikat ini mencatakan keuntungan sebanyak 68 billion USD yg menjadikannya syarikat paling untung di dunia.

Keluarga Diraja Saudi mempelbagaikan nilai harta melalui pengurusan dana diraja yg dipanggil Public Investment Fund (PIF) yg dipengerusikan oleh anak Raja Salman.

Dana Pelaburan Saudi memasuki era baru dgn membuat lebih byk pelaburan di AS & UK. Dana Saudi mencari ruang pelaburan dlm pelbagai sektor spt teknologi, kesihatan, sistem kewangan dan hiburan.

Putera Mohammed bin Salman mengarahkan kepelbagaian hasil kekayaan negara tersebut dgn melaburkan wang ke sektor selain minyak bagi visi 2030 negara itu.

PIF dilihat membuat pelaburan besar-besaran dlm stok saham dunia walaupun dalam pandemic covid-19 dan kejatuhan minyak yg menyebabkan Arab Saudi berada dlm keadaan tidak menentu.

PIF telah melaburkan setengah billion dolar dlm syarikat Facebook, Walt Disney, Marriot International & Cisco System. Jika visi ini berjaya pada 2030, kita akan dapat melihat dana yg bernilai USD2 trillion menjadi punca kewangan yang baru selain minyak kepada ekonomi Arab Saudi.

Image

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana anda terus menyokong kami kakibawang.my Alhamdulillah!

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *