1042756

Kelincahan Iheanacho meningkatkan prestasinya dalam perlawanan kelmarin, menentang West Brom. Beliau meledakan gol sekali lagi dalam perlawanan tersebut. Gol beliau telah menjayakan Leicester City mengekalkan kedudukan.

Pemain antarabangsa Nigeria ini telah melepasi rekod gol sendiri setelah dalam beberapa musim lalu dengan hanya 8 gol di liga perdana inggeris.

Jamie Vardy, rakan sepasukannya meledakkan gol pembukaan buat Leicester City pada minit ke 23 dalam perlawanan. Namun selang beberapa minit, Johnny Evans juga menyusul dalam meledakan gol buat the Foxes.

Dan bagi mendominasikan kedudukan, gabungan pergerakkan Iheanacho dan juga Jamie Vardy tidak dapat dipatahkan oleh West Brom, setelah Iheanacho meledakan gol pada minit ke 36.

Hal ini telah menjadikan gol rekod bagi Iheanacho sebanyak 13 gol dalam semua perlawanan musim ini. Beliau berada di belakang penjaring gol setakat musim ini iaitu 15 gol dari Harry Kane.

Kemenangan tersebut mengekalkan kedudukan ketiga bagi Leicester City dengan 59 point untuk 32 perlawanan. Kelab tersebut berada dalam kedudukan 4 mata di hadapan Chelsea dan 5 mata bagi West Ham United.

kelechi iheanacho of
Kelechi Iheanacho celebrates after scoring a gol for Leicester City in a match yesterday againts West Brom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *