isinar

Langkah kerajaan berkenaan skim i-Sinar disambut baik segenap masyarakat

Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan. Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor,” – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

sinar Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang mendapat sokongan di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada 26 Disember 2020.

Rakyat menarik nafas lega! Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila semalam kerajaan telah mengumumkan dimana ahli yang terjejas pendapatan boleh mengeluaran duit dari KWSP mereka melalui skim ini dari akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000. Permohonan hanya dilakukan diatas talian sahaja yang akan dibuka pada 01 Disember 2020 melalui portal i-Sinar.

SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

  • Ahli yang terjejas pendapatan tidak mengira samada ahli hilang pekerjaan atau berkurangan pendapatan akibat Covid-19.
  • Ahli daripada semua sektor yang terjejas juga boleh untuk membuat permohonan pengeluaran RM10,000 jika baki akaun 1 KWSP mencukupi.
  • Kadar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi kemudahan i-Sinar ini adalah seperti di dalam gambar rajah dibawah.
sinar
  • Permohonan i-SINAR KWSP secara offline juga boleh dibuat dengan cara datang secara walk in ke cawangan LHDN KWSP untuk kemukakan segala dokumen bukti ahli yang terjejas pendapatan.
  • Namun, ekoran penularan wabak Covid-19 yang memasuki gelombang ke-3, pihak KWSP hanya memberi kebenaran permohonan i-SINAR secara atas talian sahaja.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMOHON

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • No Ahli KWSP
  • Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
  • Nombor Telefon
  • Jumlah Pengeluaran

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau menghadirkan diri anda ke kaunter KWSP di kawasan berdekatan dengan anda ataupun anda boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan info yang tepat.

kwsp
3 CARA/KAEDAH UNTUK MEMOHON:
  1. Melalui i-Akaun KWSP
  2. Melalui Portal i-Sinar KWSP
  3. Melalui Email
01 15

CARA MOHON MELALUI i-AKAUN KWSP

Berikut merupakan langkah memohon i-Sinar menggunakan i-Akaun KWSP. Pastikan anda masih ingat username dan kata laluan untuk log masuk ke akaun i-AKAUN KWSP. Patuhi langkah yang berikut:

CARA MOHON MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP

KWSP sangat prihatin kepada ahli yang layak membuat pengeluaran i-SINAR KWSP, maka dengan itu KWSP akan melancarkan portal khas untuk memudahkan ahli membuat pengeluaran akaun 1 secara online sahaja. Setakat sekarang 27 November 2020, portal i-Sinar masih lagi dalam mod pembangunan. Sama-sama kita berdoa akan portal ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terjejas.

isinar

CARA MOHON MELALUI EMAIL

Berdasarkan pengalaman untuk pengeluaran skim i-Lestari sebelum ini, KWSP juga ada membuka kemudahan kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran duit KWSP melalui email. Berikut merupakan CONTOH pengeluaran duit KWSP melalui email

  • Ahli perlu muat turun dan install 2 aplikasi didalam telefon pintar anda melalui AppStore atau Google Play iaitu Adobe Acrobat (untuk isi form dengan tulisan bertaip) dan Adobe Scan untuk tandatangan pada borang dan cap jari untuk borang
  • KWSP ada menyediakan borang permohonan. Muat turun borang permohonan tersebut dan lengkapkan borang menggunakan aplikasi Adobe Acrobat
  • Setelah itu, muat turun juga DOKUMEN BUKTI PENDAPATAN TERJEJAS jika diminta
  • Sila lampirkan sekali dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan diatas (contohnya kad pengenalan, buku akaun bank/penyata akaun bank. Emailkan kepada KWSP (email akan dimaklumkan oleh pihak KWSP).

info yang diberikan didalam artikel ini adalah mengikut info semasa, segala info mungkin akan berubah dari masa ke semasa

Jika ada sebarang perubahan, boleh komen dan maklumkan kepada kami untuk kami kemaskini website daripada masa ke semasa. Sumber.

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *