hostel sekolah dulu

Bersyukurlah jika anda pernah hidup berdikari di hostel

Anda pernah tinggal di hostel ketika zaman persekolahan? Pasti banyak pengalaman suka dan duka bukan? Tidak kira bila dan dimana pun hostel anda, sedikit sebanyak pengalaman itu lebih kurang sama. Admin nak ajak anda semua throwback semula mengenai memori di hostel agar nostalgia itu sentiasa terpahat di dalam kenangan. Dalam pahit, tetap ada manisnya.

  1. Makan maggie dalam baldi
maggie baldi asrama-hostel

Ramai yang cakap kotor la habat la, hahahaha. Tapi tidak dinafikan ramai diantara korang yang pasti pernah merasai “nikmat” maggie baldi ni! Pada zaman admin tinggal di asrama dulu sekitar tahun 2006 – 2012 (Form1 – form6) menu tambahan tatkala tengah malam atau pun hujung minggu ini pasti menjadi kegilaan penghuni hostel terutamanya yang lelaki. Asrama perempuan admin tak pasti mereka sama habat atau tidak. Hihihi! Zaman admin dulu yang femes adalah mee segera jenama ruski! Allahu akbar! kecur air lioq! Huhuhu.. Tak cukup dengan tu, chopstick guna batang hanger! Cut cost lah katakan. Tapi sebenarnya creative juga!

2. Fly

asrama-hostel

Pembohong kalau istilah ringkas tapi penuh pengalaman ni korang budak asrama tak tahu. Admin rasa ada dalam kalangan pembaca sekarang ni yang tersenyum balik bila teringat kenangan ni! Mana yang tak faham, istilah “fly” ni dalam kamus bahasa versi asrama bermaksud keluar haram waktu malam untuk beli makanan. Ambil order geng yang lain cukup order + upah mission pon akan berjalan. Hahaha..

Admin pon dulu antara recruit terbaik asrama untuk fly ni sampai la pernah kantoi! Huhu tak pasal kena gantung asrama 2 minggu. Tapi ada fakta menarik, tak pasti la samada betul atau kebetulan, hihihi.. Budak yang selalu fly ni jenis yang lari laju, Mana tidaknya, nak lari dari guard lagi, nak lari dari warden lagi. Belum kira anjing liar kat kawasan luar sekolah lagi. Dengan bawa order kawan-kawan lagi. Allahu rindu sungguh kenangan zaman asrama ni!

3. Tidur bawah

asrama-hostel

Kata pon brotherhood, tipu la kalau tak pernah tidur bawah ramai-ramai macam ni. Selalu kalau minggu tak balik kampung, Sabtu & Ahad tu mesti akan ada yang tidur bawah. Nikmat dia semacam betul! Bukan nak tipu la, kongsi bantal, kongsi selimut, kongsi tilam. Yang kiri kanan tulah bestfriend! kononnya! Hahaha.

4. Jamuan malam

asrama-hostel

Time ni engko rasa engko la yang paling hensem, jamuan lepas maghrib, tapi zohor tu engko dah prepare dah sebab nak jadi paling hebat kan malam tu. Huhu.. Malam lepas jamuan mesti ada aspura nak try budak aspuri. Halah halah halah! Macamla admin tak tahu. Masa kemas dewan makan tu kalau depan admire buat kerja umpama takde hari esok! Kan? Betul ke betul?

5. Android belum ada tapi..

engage jenama femes asrama hostel

Zaman admin dulu model henset yang famous macam Ngage, Daun, Sabun, Sony Experia. Tapi kalau engko ada henset Nokia Ngage macam kat atas ni kira ko jadi pujaan la, tambah kalau ada game macam Needs For Speed dengan Fifa. Memang beratur la tunggu turn nak main henset engko ni. Sampai level engko pun tak tahu henset ko dekat sapa last2 rupanya dekat warden! Naya abang karim! Huhuhu…

6. Buku putih

asrama-hostel

Kalau dekat asrama admin dulu, buku ni panggil buku putih. Buku ni lagi penting dari buku teks sekolah tu bagi budak asrama. Hahaha! Sebab apa? Sebab buku ni macam nyawa untuk dorang ni amik sign warden untuk keluar. Buku kena lengkap, kena ada gambar passport la apa la. Kalau tak, tak dapat la nak outing! Macam macam cara nak lepas dengan pak guard kalau takde sign warden. Hahaha! tiru sign warden la apa lagi kan. Tapi warden bijak, tiap2 minggu tukar sign. Huhu

Banyak lagi moment hostel yang admin nak kongsikan tapi cukuplah sampai disini saja. Niat admin sekadar nak menggamit memori engkorang semua dengan kenangan mahal masa duduk hostel dulu. Sekian saja ikhlas dari admin! Assalamualaikum. =)

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *