Cuti Kelepasan Am 2021
Hari Kelepasan Am 2021 bagi Persekutuan dan Negeri serta Penggal Persekolahan Tahun 2021 yang diwartakan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Dengan adanya jadual Hari Kelepasan Am 2021 ini diharap kalian dapat merancang aktiviti anda bersama keluarga dengan sebaik mungkin dan pastikan anda sekeluarga sentiasa mengamalkan SOP dan patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa. Ingat! Kita masih belum menang. Mari sama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19 ini. #kitajagakita
HARI CUTI KELEPASAN AM 2021 – PERSEKUTUAN
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
HARI KELEPASAN AM 2021 – NEGERI


Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
Penggal Persekolahan
Cuti sekolah akhir tahun bagi penggal 2021 dipendekkan kepada 3 minggu, sama dengan tahun ini yang akan bermula pada Disember dan bukannya pada November seperti biasa.
Kementerian Pendidikan mengumumkan ianya akan bermula pada 10 Dis 2021 dan berakhir pada 31 Dis 2021 untuk sekolah di Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Sementara itu, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya akan mula beroperasi mulai 11 Dis 2021 hingga 31 Dis 2021.
Cuti sekolah akhir tahun untuk tahun ini dijadualkan bermula pada 18 Dis dan berakhir pada 20 Jan 2021.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin beritahu Dewan Rakyat, ianya dipendekkan kerana kementerian bimbang pelajar tidak dapat menguasai tahap minimum pembelajaran.
Beliau berkata, pelajar mungkin kehilangan motivasi dan ketinggalan dari tahun akademik berikutnya sekiranya mereka tidak cukup masa untuk mengikuti persekolahan tahun semasa.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan sekolah akan memulakan penggal baru pada 20 Januari tahun depan dan bukannya minggu pertama bulan tersebut. Pindaan terhadap pembukaan penggal pertama persekolahan itu dilakukan susulan penularan virus pandemik COVID-19 yang kian meruncing di Malaysia.
HARI KELEPASAN AM 2021 – PENGGAL PERSEKOLAHAN KUMPULAN A
Kumpulan A: Sekolah-sekolah negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Takwim Sekolah | Mula | Akhir |
Hari Pertama Persekolahan | 20 Jan 2021 (Rabu) | – |
Pertengahan Penggal 1 | 26 Mac 2021 (Jumaat) | 3 Apr 2021 (Sabtu) |
Pertengahan Tahun | 28 Mei 2021 (Jumaat) | 12 Jun 2021 (Sabtu) |
Pertengahan Penggal | 16 Jul 2021 (Jumaat) | 24 Jul 2021 (Sabtu) |
Pertengahan Penggal | 10 Sep 2021 (Jumaat) | 18 Sep 2021 (Sabtu) |
Akhir Tahun | 10 Dis 2021 (Jumaat) | 31 Dis 2021 (Jumaat) |
HARI KELEPASAN AM 2021 – PENGGAL PERSEKOLAHAN KUMPULAN B
Kumpulan B: Sekolah-sekolah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
Takwim Sekolah | Mula | Akhir |
Hari Pertama Persekolahan | 20 Jan 2021 (Rabu) | – |
Pertengahan Penggal 1 | 27 Mac 2021 (Sabtu) | 4 Apr 2021 (Ahad) |
Pertengahan Tahun | 29 Mei 2021 (Sabtu) | 13 Jun 2021 (Ahad) |
Pertengahan Penggal | 17 Jul 2021 (Sabtu) | 25 Jul 2021 (Ahad) |
Pertengahan Penggal | 11 Sep 2021 (Sabtu) | 19 Sep 2021 (Ahad) |
Akhir Tahun | 11 Dis 2021 (Sabtu) | 31 Dis 2021 (Jumaat) |
HARI CUTI KELEPASAN AM 2021 – CUTI PERAYAAN
Takwim Sekolah | Mula | Akhir | Negeri |
---|---|---|---|
Cuti Tahun Baru Cina | 10 Feb 2021 (Rabu) | 13 Feb 2021 (Sabtu) | Kumpulan A |
Cuti Tahun Baru Cina | 10 Feb 2021 (Rabu) | 13 Feb 2021 (Sabtu) | Kumpulan B |
Cuti Hari Raya Aidilfitri | 11 Mei 2021 (Selesa) | 14 Mei 2021 (Jumaat) | Kumpulan A |
Cuti Hari Raya Aidilfitri | 11 Mei 2021 (Selesa) | 14 Mei 2021 (Jumaat) | Kumpulan B |
Cuti Deepavali | 3 Nov 2021 (Rabu) | 7 Nov 2021 (Ahad) | Kumpulan A |
Cuti Deepavali | 3 Nov 2021 (Rabu) | 5 Nov 2021 (Jumaat) | Semua Negeri Kumpulan B kecuali Sarawak |
Cuti Deepavali | 5 Nov 2021 (Jumaat) | 5 Nov 2021 (Jumaat) | Sarawak |
Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.
Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).
Kumpulan A: Sekolah-sekolah negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan B: Sekolah-sekolah negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
Perubahan mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my
Artikel Menarik
- Kepala Air Dangerous Phenomenon, Lebih 300 Kematian Setahun
- Harga Emas Dijangka Naik RM500/g Tahun 2021