polis
hak anda jika ditangkap polis
Polis : Sumber Gambar

Artikel ini secara umum akan membincangkan tentang hak anda jika ditangkap polis.

Ketahui Hak Anda Jika Ditangkap Polis

Sebaik ditangkap oleh polis, polis berhak menahan dan menyiasat selama 24 jam. Jika polis ingin tahan lebih daripada 24 jam polis perlu mendapatkan perintah reman daripada mahkamah majistret dan masa maksimum seseorang boleh direman ataupun ditahan adalah 7 hari untuk reman pertama dan reman kedua 7 hari lagi.

Jadi masa maksimum yang boleh ditahan adalah 14 hari mengikut undang-undang reman.

Apakah hak anda jika ditangkap polis?

Siapa yang ditahan berhak tanya polis untuk menunjukkan kad kuasanya iaitu untuk mengenal pasti identiti polis tersebut. Ia juga adalah satu hak yang diperuntukkan dibawah perlembagaan perseketuan bahawa jika seorang polis ingin menangkap seseorang, polis tersebut perlu memberitahu alasannya untuk membuat tangkapan tersebut

Juga perlu diingatkan hak anda jika ditangkap oleh polis, kamu berhak dibawah kod jenayah prosedur untuk berjumpa dengan keluarga dan kamu juga berhak untuk melantik seorang peguam untuk mewakili kamu atau membantu kamu semasa siasatan.

Apakah yang boleh dibuat jika penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh pihak polis?

Jika mendapati terdapat penyalahgunaan kuasa oleh polis, seperti kekerasan digunakan semasa penangkapan/ polis tidak menunjukkan kad kuasanya/atau polis menangkap kamu tanpa apa-apa alasan, kita boleh buat aduan kepada ketua polis daerah, dengan menulis surat kepada balai polis berkenaan.

Inisiatif dari kerajaan juga telah menubuhkan suruhanhaya integriti awam untuk menerima aduan aduan mengenai penyalah gunaan kuasa daripada pihak pihak berkuasa termasuk pihak polis. Jadi pastikan anda tahu hak anda jika ditangkap polis bagi memastikan nasib anda terbela.

Semoga sedikit penjelasan tentang hak anda jika ditangkap polis boleh memberi sedikit sebanyak info kepada kita semua.

PS : Sumber artikel ini daripada sini.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : Pekerjaan Gaji Lumayan 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *