Hafiz Mahamad
Pertemuan kali terakhir buat dua insan bersahabat – Hafiz
Hafiz Mahamad

Baru baru ini viral seorang selebriti media social, Hafiz Mahamad telah memuat naik video beliau menguruskan urusan kepergian sahabat tercinta yang ditimpa sakit stroke tempoh hari.

Video yang berdurasi selama 3:38 minit itu rata rata mendapat perhatian dari netizen netizen di Malaysia ini. Ada yang mengecam perbuatan Hafiz yang merakam situasi tersebut tanpa mengendahkan perasaan keluarga sahabatnya yang sedang di dalam kesedihan. Ada juga netizen yang memuji perbuatan beliau yang sanggup menguruskan urusan pengkebumian rakannya.

1 1

Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada. Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan

Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah

Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni

Sahabat yg membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya

Hafiz memaklumkan bahawa dia menerima panggilan telefon dari salah seorang sahabat beliau juga bahawa sahabat beliau ‘Loh’ telah pergi menghadap Ilahi pada awal subuh Isnin.

4

Hafiz juga pernah memuat naik satu video menceritakan yang beliau mendapat berita yang sahabatnya Loh itu telah ditempa penyakit stroke atas sebab terlalu kuat berkerja pada 2 bulan yang lepas dan menyatakan hasratnya untuk membawa sahabatnya itu untuk berkerja dengan nya di Kuala Lumpur.

Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat

Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lg sebak tu

Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat

Didalam video yang di post Hafiz tersebut, jelas kelihatan beliau menguruskan urusan persemadian sahabatnya. Dari solatkan jenazah sahabatnya sehingga menurunkan sahabatnya ke tempat istirehat terakhir.

5

Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?

Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat

Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana

Admin ingin mengupas satu hadis yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW,

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.

(Hadis riwayat al-Hakim)

Sahabat merupakan insan yang paling dekat selain keluarga. Rasulullah SAW sangat sayangkan sahabat-sahabat Baginda. Malah mereka diangkat darjatnya disisi Allah SWT.

Buat sahabat Hafiz, semoga Allah merahmati roh beliau dan menempatkannya bersama dengan golongan yang beramal soleh In Shaa Allah

Bersahabatlah kalian kerana Allah, kerana satu masa nanti ukhwah yang terjalin atas dasar keredhaan Allah dapat disatukan kembali di dalam Syurga yang Abadi kelak In Shaa Allah. Wallahualam.

Sumber: FB Hafiz Mahamad

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *