Habbatus Sauda

Ya, ianya perlu ada dalam setiap rumah. Habbatus sauda atau nama lainnya adalah (Nigella sativa). Ianya adalah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Buahnya bersaiz besar yang berbentuk kapsul, setiap satu folikelnya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Bijinya akan diproses untuk mengeluarkan minyak dan boleh dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak Habbatus Sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis. Selain itu ianya digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia Barat dan juga masakan Poland. 

Habbatus Sauda Perlu Ada Dalam Setiap Rumah

Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Antaranya adalah dapat membantu melambatkan penuaan.

1. Melambatkan Penuaan

Kita sedia maklum bahawa ianya merupakan jamu tradisional sejak turun temurun. Sekiranya sering diamalkan penggunaannya ini ianya dapat membantu melambatkan penuaan wajah seseorang. Tipsnya sangat mudah sekali, anda hanya perlu mencampurkan satu sudu makan minyak Habbatus dengan satu sudu makan minyak zaitun. Kemudian, Oles sedikit, dan sapukan rata di wajah selama lebih kurang sejam sebelum dibasuh dan dibersihkan. Kulit akan berasa berminyak namun ianya memberi kesan yang baik kepada wajah anda.

2.  Dapat Meningkatkan Tahap Penglihatan

Ramai yang tidak tahu bahawa, Habbatus memiliki lebih dari 100 zat yang terkandung di dalamnya. Antaranya adalah protein, karbohidrat, vitamin B3, lemak penting dan juga minyak. Anda digalakkan untuk menggunakan minyak Habbatus di kelopak mata dan sekelilingya setengah jam sebelum tidur. Caranya adalah sapukan sedikit di kelopak mata secara bulatan. Untuk kesan yang lebih baik, campurkan satu sudu teh minyak Habbatus ini di dalam jus lobak merah bagi meningkatkan kesihatan mata. Amalkan setiap hari.

3. Mengurangkan Stress dan Insomnia

Insomnia adalah penyakit susah tidur yang boleh menjadi sangat membimbangkan. Kalau sehari dua tak jadi masalah, namun kalau yang susah tidur sehingga berminggu-minggu itu sudah parah. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba dengan Habbatus Sauda mengandungi saponin. Ianya berfungsi untuk mempengaruhi karbohidrat,protein dan lemak.

Dengan mengamalkan Habatus Sauda dapat mempengaruhi fungsi ginjal, jantung, tubuh dan urat saraf yang boleh memberi kualiti tidur yang sempurna. Saponin membantu diri kita dari gangguan tidur dan mengurangkan stress. Inilah sebabnya habbatus sauda perlu ada dalam setiap rumah.

4. Mengurangkan Resdung

Kita sedian maklum penyakit resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria di kawasan hidung dan rongga di sekelilingnya Ianya dipanggil sebagai, Sinus. Sinus membuatkan rongga-rongga yang terdapat dalam tulang muka, bersambung dengan hidung melalui saluran yang sangat kecil. Dengan memakan biji Habbatus Sauda secara minimum selama enam bulan, InshaAllah masalah ini dapat diatasi. 

5. Menghilangkan Sakit Kepala

Selain itu, Habbatus Sauda dapat digunakan untuk menghilangkan sakit kepala dan migrain. Masih ramai lagi orang yang tidak mengetahui rahsia ini. Minyak Habbatus Sauda boleh digunakan dengan menggosoknya di dahi dan di belakang telinga untuk melegakan sakit kepala. Ulang dua kali sehari atau sebelum masuk tidur.

6.  Meningkatkan Daya Ingatan Dan Konsentrasi

Antara kebaikan lain Habbatus Sauda adalah ianya mengandungi asid linoleik iaitu omega 3 dan 6. Nutrisi ini sangat berguna untuk sel otak. Ianya dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. Tambahan pula, Habbatus Sauda membantu memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat sesuai diamalkan sedari kecil.Bagi anda yang baru mempunyai anak, anda digalakkan untuk mencuba petua ini. Insha Allah otak anak-anak akan menjadi cerdas.

Habbatus sauda perlu ada dalam setiap rumah memandangkan khasiatnya yang sangat tinggi dan unik. Semoga kita juga mendapat pahala kerana mengamalkan habbatus sauda kerana ada disebut dalam hadith tentang habbatus sauda.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

PS : Kisah lelaki tua dan selawat yang menyentuh hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *