69816982 127144198635878 5997007864118378496 n 1

Artikel kali ini mengenai habbatus sauda dari sudut pandang barat. Minyak Habbatus Sauda atau di barat lebih dikenali sebagai Black Seed Oil/Nigella Sativa/Black Cumin merupakan satu pemakanan tambahan untuk kesihatan yang sangat baik.

habbatus sauda dari sudut pandang barat
Sumber gambar : Facebook

Walaupun minyak ini disebut secara khusus oleh Nabi Muhammad saw, mereka di barat turut tidak terlepas daripada mengkaji kelebihan dan kebaikan minyak ini.

Terdapat banyak kajian, research, yang berterusan dibuat menggunakan minyak ini, untuk mengetahui kandungannya dan kebaikannya pada manusia.

Antara kajian barat yang menunjukkan kebaikan minyak habbatus sauda ini adalah

Habbatus Sauda Dari Sudut Pandang Barat

  1. Kandungan utama habbatus sauda atau black cumin/black seed oil ini adalah thymoquinone. Ianya bersifat anti oksida dan anti keradangan. Dan dikatakan juga ianya mempunyai sifat anti tumor.
  2. Habbatus sauda juga dikatakan sangat baik untuk kulit dan rambut. Minyak habbatus sauda boleh dijadikan sebagai minyak urut, shampoo dan untuk kosmetik.
  3. Kadangkala minyak ini digunakan juga dalam masakan.
  4. Menurut kajian, minyak habbatus sauda mampu menurunkan berat badan sekali gus melawan obesiti.
  5. Minyak habbatus sauda juga boleh mengurangkan dan merawat masalah kegatalan kulit seperti eczema.
  6. Kajian juga menunjukkan thymoquinone dalam minyak habbatus sauda mampu mempengaruhi sel mati dalam beberapa jenis barah/cancer seperti cancer otak, payudara dan leukimia. Walaubagaimanapun kebanyakan kajian ini menggunakan sel berbanding manusia sendiri, jadi keberkesanan dia atas manusia tidak dapat dipastikan.
  7. Kajian atas tikul makmal menunjukkan, minyak habbatus sauda sangat baik mengurangkan komplikasi buah pinggang dan hati.
  8. Untuk diabetes, dikatakan minyak ini jugak mempunyai antidiabetic properties dan mampu membaiki kandungan gula dalam badan. Namun kajian ini menggunakan animal model.
  9. Menurut satu kajian ke atas lelaki, minyak habbatus sauda mampu meningkatkan pergerakan sperma dan jumlah sperma serta semen untuk mereka yang alami masalah kesuburan.

Sesungguhnya minyak habbatus sauda mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Artikel ini berkisar tentang habbatus sauda dari sudut pandang barat. Walaubagaimanapun ianya perlu diambil mengikut sukatan dan dos yang betul. Untuk ibu mengandung dan mereka yang alami masalah kronik, perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

Terima kasih kerana membaca artikel – Habbatus sauda dari sudut pandang barat.

Sumber : Medical News

PS : Resipi Sambal Bawang Pedas Sedap

PS : Untuk order minyak habbatus sauda exclusive keluaran PHS, boleh whatsapp http://www.wasap.my/601110909546/PHS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *