genting highland

Idea Pembinaan Genting Highland Pada Awalnya Mendapat Sindiran

Terletak kira-kira 2000 meter diatas paras laut, Genting Highlands merupakan sebuah puncak gunung di Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebuah pusat pelancongan terkenal dunia. Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Alternatif lain anda boleh menaiki kereta kabel untuk menikmati keindahan dingin alam semulajadi sepanjang perjalanan anda.

cable car
Perjalanan indah lagi mempersonakan dengan menaiki cable car

Disebalik Tabir Kemegahan Genting Highlands
Rata-rata mengenali siapa Tan Sri Lim Goh Tong bukan. Beliau adalah individu pencetus kepada kewujudan Genting Highland, berinspirasikan dari pengalaman beliau sendiri ketika berehat di Cameron Highlands. Beliau suka dengan keadaan dan cuaca sejuk di Cameron Highlands. Keunikan Cameron Highlands telah mencetuskan idea alangkah baiknya jika sebuah tempat seperti ini dapat diusahakan di Kuala Lumpur.

Merasakan bahawa idea beliau mampu direalisasikan, beliau berusaha mencari lokasi yang tidak terlalu jauh daripada Kuala Lumpur. Lokasi ini sebenarnya terletak ditengah-tengah diantara negeri Selangor dan juga negeri Pahang iaitu tapak Genting Highland yang sekarang!

Pada awalnya pihak kerajaan dalam usaha untuk melakukan pembangunan di kawasan tapak tersebut namun disebabkan oleh beberapa isu yang timbul, projek pembangunan kerajaan ini telah dihentikan. “Pucuk dicita ulam mendatang”, ini memudahkan lagi urusan “proposal” untuk diluluskan atas faktor kewangan yang kukuh dimiliki oleh beliau.

slider home 02
Pemandangan Genting Highland dari udara

Kesulitan dalam Pembangunan Genting Highlands
Walaupun dari segi mendapatkan kelulusan dari pihak kerajaan mudah diperolehi, tetapi tidak untuk proses pembangunannya ini kerana ada diantara rakan bisnes beliau menolak pelawaan dalam membina empayar Genting Highland walaupun share saham yang beliau janjikan adalah sebanyak 10%. Pada mereka tindakan beliau ini adalah tidak logik dan sia-sia sahaja, ada juga yang menyindir akan idea tidak masuk akal ini. Namun beliau mengendahkannya.

Dengan semangat kental beliau, seorang jurutera dan beberapa orang asli berusaha untuk membuka jalan untuk ke puncak Genting Highlands. Pengembaraan dilakukan pada usia lebih dari 50 tahun! Amat menjadi inspirasi kepada semua. Beliau akan berehat di dalam gua apabila letih dan meneruskan perjalanan beliau selepas itu.

Pelbagai rintangan yang mereka hadapi seperti hampir terjatuh kedalam gaung, hampir dihempap pokok, dikejar binatang buas dan pelbagai lagi. Namun semua itu digagahi dan diharungi kerana beliau percaya bahawa beliau akan beroleh kejayaan pada akhirnya.

maxresdefault
Outdoor Theme Park yang bakal dibuka tidak lama lagi

Kejayaan Genting Highlands
Pada awalnya, Lim Goh Tong hanya bercadang untuk membangunkan hotel dengan hanya 38 buah kapasiti bilik sahaja. Namun, dek kerana desakan daripada kerajaan membuatkan beliau menambah jumlah bilik yang ditawarkan. Akibat daripada tindakan beliau untuk memajukan Genting Highlands, beliau hampir muflis untuk kali yang kedua kerana beliau menjual banyak aset beliau. Namun segalanya mendatangkan hasil kembali kepada empayar kekayaannya!

Genting Highlands berjaya memperoleh berbagai anugerah dan dipilih untuk menjadi tempat penganjuran aktiviti-aktiviti besar bertaraf antarabangsa. Buat masa ini, Genting Highlands sedang melalui proses untuk menambahbaik dan menukar permainan “outdoor” mereka. Diharapkan proses ini berjalan dengan lancar dan selamat kerana ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah baharu Genting Highlands sebaik sahaja proses ini selesai.

genting highland
Sultan Pahang ketika itu, Sultan Abu Bakar diiringi oleh Lim Goh Tong (kanan) semasa upacara pembukaan rasmi Hotel Genting Highlands pada 30 Januari 1972 iaitu kira-kira 49 tahun lalu

Gen­ting Highlands juga merupakan pemegang tunggal lesen kasino yang pertama dan terakhir di Malaysia apabila kabinet pimpinan Tunku Abdul Rahman yang bermesyuarat pada petang 28 April 1969 bersetuju meluluskan permohonan pe­ng­a­sas Genting, Lim Goh Tong untuk membuka pusat perjudian itu.

Menurut buku My Story oleh Lim Goh Tong (2004), kejayaan memperoleh lesen kasino pertama negara itu ekoran beberapa patah ucapan yang menggalakkan daripada Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu semasa mengunjungi Genting Highlands untuk kali pertama pada 31 Mac 1969 untuk meletakkan batu asas Highlands Hotel (sekarang Theme Park Hotel).

Semasa berucap pada maj­lis berkenaan, Tunku menyatakan beliau terharu dengan usaha pengasas Genting itu dalam mem­ba­ngunkan sebuah pusat pe­ranginan di kawasan pergu­nungan tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan sekali gus banyak menyumbang terhadap perkembangan industri pelancongan negara.

“Untuk mempercepatkan pembangunan pelancongan di kawasan terpencil itu ujar beliau, kerajaan akan memberi pertimbangan yang menggalakkan jika Genting memohon untuk mengendalikan sebuah kasino.

download
Genting 1965 vs 2020

“Kata-kata Tunku itu memberi perangsang kepada saya, serta merta saya membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan bilik Highlands Hotel yang akan dibina itu kepada 200 bilik” (Lim Goh Tong 2004).

Menurut Goh Tong lagi, permohonan lesen kasino itu dihantar pada 28 April 1969 dan diluluskan enam jam kemudian kerana secara kebetulan mesyuarat Kabinet diadakan pada petang hari tersebut.

Semasa mesyuarat Kabinet itu membincangkan soal lesen judi itu, Tunku telah bertanyakan pendapat Menteri Dalam Negeri pada ketika itu iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman tentang permohonan untuk mengadakan sebuah kasino di Genting Highlands.

Tun Dr. Ismail lantas menyokong kerana berpendapat, sebuah kasino yang berlesen akan membendung aktiviti-aktiviti perjudian di luar kawalan undang-undang dan akan mempercepatkan pembangunan industri pelancongan negara, katanya.

Beliau juga berpendapat keberadaannya pusat kasino di atas gunung akan lebih memudahkan aspek kawalan keselamatan kerana hanya satu jalan masuk sahaja ke pusat peranginan itu. Lantaran tiada sebarang bantahan daripada anggota Kabinet yang lain maka lesen kasino itu segera diluluskan kerajaan.

“Kemudiannya, pada petang itu juga saya menerima berita baik bahawa permohonan itu telah diluluskan dan saya diminta datang mengambil surat kelulusan itu. Demikianlah Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan yang satu-satunya di negara ini” (Lim Goh Tong 2004).

Melalui biografi itu, Goh Tong turut menyatakan beliau bernasib baik menghantar permohonan mendapatkan lesen kasino itu sebelum peris­tiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tidak lama kemudian.

“Saya yakin kalaulah saya lambat sedikit menghantarkan permohonan, saya tidak akan diberi lesen kasino di tengah-tengah keadaan politik yang sensitif ekoran peristiwa tersebut. Hal ini terbukti apabila suatu permohonan lesen kasino oleh pihak lain selepas peristiwa itu ditolak, sekali gus mengesahkan dasar yang dinyatakan oleh kerajaan bahawa lesen kasino tidak akan diluluskan lagi” (Lim Goh Tong 2004).

Kejayaan Lim Goh Tong membangunkan pusat peran­ginan itu turut mendapat pujian Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muazzam Shah yang berke­nan merasmikan Genting Highlands pada 30 Januari 1972. Perasmian ini dilihat sebagai satu sumbangan terbesar pihak swasta terhadap perkembangan ekonomi dan perusahaan pelancongan negara.

“Sebenarnya projek Gen­ting cukup unggul menurut ukuran saya, orang lain tidak berminat, maka tiadalah persaingan. Saya menceburinya meskipun banyak risiko dan saya meneruskannya de­ngan cekal. Apabila saya menge­nang kembali, terlintas juga rasa kagum akan keberanian sendiri, berkata kepada semua yang mencemuh: Ketawakanlah saya sepuas hati, saya tetap akan naik ke gunung itu” (Lim Goh Tong 2004).

Menurut Goh Tong, peluang melakukan ekspedisi pertama selama sembilan hari lapan malam bagi mene­roka gunung itu pada 1963 amat sukar dan memenatkan kerana terpaksa mendaki gunung yang curam dan melalui beberapa batang anak sungai sebelum sampai ke puncak Gunung Ulu Kali.

“Dari saat pertama, gunung itu mengagumkan saya dengan keindahan semula jadinya yang tidak terjejas dan iklimnya yang sejuk menyegarkan. Ketika kami menjejakkan kaki di puncak, saya menggigil ditiup angin kerana tidak membawa pakaian untuk hawa sejuk. Namun saya tidak merungut kerana hawa sejuk itulah yang membuatnya istimewa dan menarik pengunjung ke tempat peranginan itu kelak.

“Walaupun terasa sejuk sampai ke tulang sumsum, saya gembira sekali. Saya benar-benar jatuh cinta dengan rimba dara itu dan bertekad akan menjelmakan menjadi tempat peranginan impian saya” (Lim Goh Tong 2004).

history 01

Kisah Lim Goh Tong dan Genting.

1. Ideanya bermula ketika berumur hampir 50-an. Diusia begitu ramai orang mula fikir hendak main-main dengan cucu, hendak jaga ternakan, melakukan amalan akhirat, tapi tidak dengan Lim Goh Tong. Dia tidak pernah terfikir untuk bersara. Walaupun dengan kewangan yang kukuh, dia tetap mengambil risiko. Baginya setiap masa adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru khususnya sesuatu yang dianggap tidak menarik bagi orang lain.

2. Orang kata dia gila, bodoh dan digelak kawan-kawan apabila dia hendak membangunkan kawasan puncak Genting sebagai kawasan peranginan terkenal, ramai kawan dan rakannya tercengang dan tidak percaya. Ada seorang rakannya mengatakan ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

3. 9 hari 9 malam panjat dan memantau keadaan gunung. Lim Goh Tong membentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa keadaan gunung. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal, mendaki banyak gunung curam, dan menyeberangi banyak anak air dan sungai sebelum sampai di puncak Gunung Kali.

4. Terpaksa mengadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.
Bagaikan bulan jatuh ke riba, idea Lim Goh Tong diterima baik Tunku. Kebetulan kerajaan memang apa perancangan untuk bangunkan Gunung Kali. Tapi atas beberapa kesulitan, rancangan itu terpaksa diketepikan. Supaya rancangan itu tidak dikecam pembangkang, maka Tunku merasakan lebih wajar sektor swasta yang terlibat membangunkan gunung tersebut. Akhirnya syarikat Lim Goh Tong yang terpilih. Rezeki terpijak!

5. Anggaran masa 15 tahun untuk bila jalan masuk berjaya disingkatkan.
Kesukaran membina jalan ke puncak hinggakan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati untuk membina jalan masuk saja perlukan masa 15 tahun. Tetapi diatas penilaian semula dan kesanggupan Lim Goh Tong sendiri, tempoh membina jalan disingkatkan dari 15 tahun kepada 6 tahun, dan akhirnya kerajaan memutuskan jalan masuk tersebut perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan subsidi sebanyak RM9 Juta jika berjaya menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Beliau akhirnya berjaya juga menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik itu. Mana tidaknya, daripada 15 tahun anggaran tetapi dengan semangat yang jitu hanya 3 tahun saja diperlukan untuk menyiapkan jalan tersebut! Amazing!!!

6. Kerja 24 jam 7 hari seminggu. Kerana tempoh 3 tahun untuk siapkan jalan masuk sangat singkat dan tidak logik, beliau terpaksa bekerja keras 24 jam 7 hari hari seminggu. Tiada rehat mahu pun hari cuti.

7. Terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua. Untuk menjimatkan masa, Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga di dalam gua. Kadang-kadang semasa menebas hutan dara yang tebal, ada pekerjanya yang terserempak dengan binatang buas seperti harimau.

8. Kerana projek ini dia punya, terpaksalah Lim Goh Tong menguruskan segala-galanya. Dialah kuli dialah bos. Dia terpaksa bertindak sebagai sebagai pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan, buruh serta penyelesai masalah.

9. Sebanyak 6 kali Lim Goh Tong nyaris mati. Satu kali dia hanya cedera ringan ditimpa pokok, tergantung dalam jip yang tergelincir dan tersangkut di cerunan dalam, brek kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalam gaung yang curam, hampir tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan tanah, kepala ditimpa pokok buluh hingga tergigit lidah dan kepala berdarah-darah, kayu yang melantun dari rempuhan roda mesin penggorek yang tercabut menghentam pinggannya dengan kuat.

10. Salah seorang pekerjanya maut akibat jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan yang sedang dibina.

11. Selama 7 tahun iaitu dari 1965 hinggalah dibuka dengan rasmi pada tahun 1971, Lim Goh Tong telah berbelanja habis-habisan tanpa pulangan satu sen pun. Wang belanjanya pula diambil melalui pendapatan daripada Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan, jualan ladang getah seluas 810 hektar di Segamat, pelaburan kesemua wangnya dari perlombongan besi, kerja sebagai subkontraktor dan perniagaan perkakasan. Kerana wang yang digunakan terlalu banyak, dia hampir muflis dan kesihatannya pula hampir terjejas. Betul-betul memberi inspirasi!

12. Terpaksa mengambil masa selama 4 bulan untuk membaiki kawasan tanah runtuh sebelum dibuka dengan rasmi pada 8 Mei 1971. Sebanyak 180 kawasan tanah runtuh dikesan di jalan masuk ke Genting yang berpunca daripada hujan ribut yang paling dasyat sejak seabad lalu.

Genting Highlands Malaysia Chin Swee Caves Temple 10
Lim Goh Tong Memorial Park

Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan perniagaan rasminya setelah melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh Tong mampu tersenyum lebar kerana projek mega inilah yang pernah meletakkannya sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan antara orang yang terkaya di dunia. Menurut majalah ForbesAsia Lim Goh Tong merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007.

Sumber:

  1. Berita Terkini Politik Malaysia
  2. Matrik Utama

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *