galaxy s21

pada 14 Januari 2021, Samsung telah melancarkan 3 peranti flagship yang hebat iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan juga Galaxy S21 Ultra. Kesemua peranti ini hadir dengan teknologi 5G. Mari kita kupas sedikit spesifikasi peranti – peranti ini. Di sini saya akan rungkaikan modal asas bagi line up S21.

Galaxy S21

galaxy s21

Sumber

Galaxy S21 hadir dengan empat warna menarik iaitu Phantom Violet, Phantom Pink, Phantom Gray dan juga Phantom White. Keempat – empat warna yang diperkenalkan oleh Samsung ini sangat – sangat menawan. Galaxy S21 juga hadir dengan screen fresh rate 120 ghz. 5G juga turut hadir untuk peranti tersebut. Secara kasarnya, fresh rate di Galaxy S21 lebih baik dari di iPhone 12. Mungkin kebanyakan pengguna tidak kisah tentang fresh rate, mari kita kupas sedikit tentang kamera Galaxy 21. Jika anda belum melihat artikel berkaitan dengan pelancaran iPhone 12, boleh lihat di sini.

Kamera Galaxy S21

galaxy 21

Sumber

Bila kita lihat bilangan kamera sahaja, sudah pasti peranti Galaxy S21 mendahului kamera pada iPhone 12. Galaxy S21 mempunyai 3 kamera, manakala iPhone 12 hanya ada 2 sahaja.

KameraGalaxy S21iPhone 12
Wide Angle108-megapixel, f/1.812-megapixel,f/1.6
Ultra Wide Angle12-megapixel,f/2.212-megapixel,f/2.4
Telephoto10-megapixel, f/2.4Tiada

Dari segi spesifikasi, kita dapat lihat bahawa kamera utama wide angle pada Galaxy S21 mempunyai lebih tinggi pixel berbanding iPhone 12. Namun dari segi aperture, iPhone 12 lebih besar berbanding Galaxy S21. Galaxy S21 juga mempunyai satu lagi kamera iaitu Telephoto sekaligus memberi kelebihan kepada peranti tersebut berbanding iPhone 12.

Dari segi penggunaan di dunia sebenar, Galaxy S21 masih lagi dalam peringkat awal untuk mengatakan kamera pada peranti tersebut lebih hebat dari iPhone 12 kerana masih baru lagi dilancarkan. Untuk peranti iPhone 12 pula, peranti tersebut sudah membuktikan kehebatan gambar yang ditangkap oleh kamera pada peranti iPhone 12.

Chip Pemprosesan Galaxy S21

galaxy s21

Sumber

Galaxy S21 dikuasakan oleh chipset Exynos 2100. Dari segi performance, chip ini boleh dikatakan hampir setanding dengan Apple A14 Bionic. Masih terlalu awal untuk kita katakan bahawa performance chip ini pada Galaxy S21 lebih hebat dari A14 Bionic yang berada di iPhone 12. Namun jika kita melihat score kedua – kedua chip ini, secara teorinya A14 Bionic sedikit lebih hebat berbanding Exynos 2100.

galaxy s21

Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *