petal-maps-save-favourite

Baru-baru ini Huawei mengeluarkan aplikasi peta, aplikasi ini mungkin nampak sama seperti Google Map tetapi ada lima fungsi petal maps terbaru yang perlu Anda tahu.

1. Simpan tempat kegemaran anda

Fungsi ini membolehkan anda untuk menyimpan tempat kegemaran anda sama ada tempat itu sudah dilawati ataupun belum dan dia akan menyimpan di Huawei cloud membolehkan anda untuk akses Di mana-mana peranti Huawei.

petal maps save favourite

2. Paparan 3D dari persekitaran anda

Anda boleh mengaktifkan paparan 3D interaktif yang memberikan anda sudut pandangan yang berbeza sama ada menyorot, memiringkan, memutar dan mengezum.

fungsi petal maps

3. Selangkah Ke Hadapan dengan Turn-by-turn Navigation

Semasa anda memandu, Petal Maps membantu anda mencari jalan terbaik ke destinasi anda berdasarkan maklumat lalu lintas semasa jadi anda tidak akan tersekat dengan jem.

turn by turn navigation

4. Kawalan Air gesture

Salah satu ciri yang paling menarik di Petal Maps adalah sokongan Air gesture. Pemandu boleh mengubah sisi pandangan navigasi dengan isyarat tangan, semuanya tanpa menyentuh telefon, ini akan megurangkan gangguan ketika memandu. Cukup menunjukkan tapak tangan di depan skrin sehingga ikon tangan muncul sudah cukup untuk mengaktif mod Air gesture.

petal maps air gesture

5. Jadual semasa pengangkutan awam

Petal Maps juga dilengkapi dengan fungsi canggih untuk memberikan kemas kini transit secara real-time di beberapa bandar utama, membantu penumpang merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dan menghilangkan kerisauan dalam perjalanan. Dengan menggunakan teknologi perintis seperti Super GNSS dan algoritma pengenalan gambar, Petal Maps meningkatkan lagi ketepatan dan memberikan pengguna laluan paling cekap dan paling sesak.

image 80

Jadi isu saja fungsi yang ada di Huawei Petal Maps. Namun, Petal Maps Beta akan tersedia di Huawei AppGallery untuk telefon pintar yang meggunakan Huawei Mobile Service (HMS).

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *