kahwin

Kahwin pembuka pintu rezeki. InsyALLAH!

Apa itu nikah? Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.

6dc89750a393b0b807583ef2c3f38e4f

Perkahwinan adalah tunjang kepada pembentukan institusi kekeluargaan Islam. Ianya merupakan ikatan yang sah antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul wali yang disaksikan oleh 2 orang saksi. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah dalam diri pasangan yang pasti tidak dilupakan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.(Surah al-Nisaa’: 3)

kahwin

Islam telah menyediakan panduan yang jelas bagi seseorang lelaki untuk memilih pasangan hidup. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.(HR. Imam Ahmad)

Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku.(HR. Ibnu Majah)

Terdapat beberapa hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin. Berikut adalah hukum-hukum nikah tersebut.

kahwin

Berdasarkan hukum nikah diatas, keperluan bagi seseorang bakal pengantin untuk menyediakan preparation untuk diri sendiri amatlah dititik beratkan dalam membina keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah. Ini kerana perkahwinan bukan untuk diperjudikan. Jika dulu segala perbelanjaan adalah untuk diri sendiri, namun kini segala perbelanjaan perlu diberi untuk dua nyawa. Belum lagi dikira bilangan anak kelak. Semuanya perlukan pengorbanan yang sangat besar. Melengkapkan diri dengan persediaan amatlah perlu jika tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Namun banyak juga kes keretakan rumah tangga yang kita lihat pada masa kini yang berpunca dari masalah peribadi yang pelbagai. Tidak ada yang ingin mengakhiri rumah tangga yang dibina dengan status cerai, namun setiap orang mempunyai nasib yang berbeza.

Pernah dengar dialog teka teki dibawah ini? Ia adalah dialog filem terkenal P Ramlee bertajuk Nujum Pak Belalang. Pasti kita semua tahu apa jawapannya bukan?

Satu banyak-banyak, dua sikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang

Persoalannya adalah adilkah kita? mampukah kita? Ya benar akan ada rezeki selepas kahwin. Itu janji ALLAH yang kita tidak dapat sangkal. Namun bersediakah anda untuk berpoligami? Tepuk dada tanya hati anda. Jangan ditanya selera, kerana pasti anda akan berselera bila berbicarakan bab poligami.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama.(HR. Baihaqi)

tumblr inline p0h8h4r7OZ1tmxrmx 1280

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, kahwinilah pasangan yang anda inginkan dengan menggunakan kaedah yang betul. Ini untuk menjamin kehidupan yang bahagia dan menjamin keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah. InsyALLAH.

Syariat Islam amatlah memandang tinggi berkenaan institusi pembentukan keluarga secara islamik. Pembinaan keluarga yang jitu adalah berpaksikan tauhid kepada Allah Azza wa Jalla akan menghasilkan masyarakat yang diredhai Allah Azza wa Jalla.

Oleh itu pasangan yang berhajat atau yang ingin mendirikan rumahtangga harus sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu pengetahuan, emosi dan rohani yang kental dan mantap. Sesungguhnya perkahwinan itu adalah kebun pahala yang sentiasa perlu dibajai dan disemai supaya hasilnya dinikmati di syurga kelak.

Perkahwinan yang baik adalah yang bersederhana majlisnya, di musim Covid-19 ini merupakan masa yang sesuai kerana majlis tidak dibenarkan disesetengah kawasan. Namun ingin diingatkan sekali lagi, sediakan preparation yang baik untuk anda melangkah ke alam gerbang berumah tangga. Pastinya akan membawa anda kepada kehidupan yang harmoni, penuh dengan kasih sayang dan yang penting saling melengkapi antara sesama pasangan. InsyALLAH.

Sumber: Pengajian Islam – Pressbooks

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *