covid-19

Bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, kerajaan telah bertungkus lumus untuk membawa vaksin ke Malaysia. Sebagai rakyat, kita mungkin tertanya – tanya bilakah kita akan mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Menurut penerangan yang telah diberikan dari pihak kerajaan, kita mempunyai tiga fasa untuk mengagih dan memberi suntikan kepada rakyat. Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negaraakan menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma.

covid-19

Sumber

Fasa Pertama

Fasa pertama akan diberikan kepada pertugas barisan hadapan seperti doktor, nurse, ahli farmasi dan sebagainya. Mereka ini merupakan barisan yang penting dalam mengawal dan membendung wabak tersebut.

Fasa Kedua

Fasa kedua pula adalah untuk golongan yang mempunyai risiko yang tinggi atau penyakit kronik dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Fasa Ketiga

Fasa tiga pula memabitkan orang awam dan golongan muda yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Sumber
Sumber

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *