bola1 1

Falsafah “False 9” dalam era bolasepak moden

Zaman kegemilangan Pasukan Barcelona pada era Pep Guardiola memberikan impak yang positif kepada pasukan dalam penggunaan taktikal False 9 ini. Hal ini kerana taktikal permainan mereka banyak mengekang dan menewaskan pasukan lain di Liga Sepanyol yang dikatakan berasal dari kejayaan dalam penggunaan taktikal licik, 9 jadian atau The False 9. Tidak lupa juga zaman kegemilangan Liverpool dibawah kendalian Jurgen Klopp dalam menjuarai UEFA Champions League 2018-2019 merupakan berjayanya taktikal licik ini digunakan.

Apakah itu 9 jadian atau The False 9? Siapakah contoh pemain yang menggalas tanggungjawab dalam memainkan posisi False 9 ini? Bagaimana cara untuk mengekang dan melawan The False 9 ini? Dan Mengapa ianya mimpi ngeri bagi pemain bek atau penjaga gol?

Saya akan berkongsi selanjutnya dengan anda di sini.

bola1

Apa itu 9 Jadian atau The False 9

Perbezaan kedudukan bagi posisi The True No 9 dan The False No 9 dapat ditunjukkan di dalam gambar di atas. Taktik The False 9 berlaku apabila Single Striker di hadapan sentiasa berlegar legar jauh dari kawasan penalti pihak kawan dan mempunyai kedudukan lebih keluar dari posisi striker yang sebenar iaitu The True No 9.

The False 9 ini berkonsepkan bukan pemain penyerang tengah yang tulen memainkan peranan atau posisi ini. Pemain yang biasa memainkan peranan The False 9 ini biasanya terdiri daripada pemain jersey no 10, no 8 atau Pemain sayap.

Siapakah contoh pemain yang menggalas tanggungjawab dalam memainkan posisi False 9 ini?

  • Lionel Messi.

Hebatnya FC Barcelona pada zaman kendalian Pep Guardiola kerana berjayanya taktikal The False 9 ini digunakan selain daripada corak permainan FC Barcelona ketika itu iaitu Tiki Taka. Messi merupakan seorang player yang versatile. Hal ini kerana seorang pemain yang memainkan peranan sebagai 9 Jadian ini haruslah memiliki kelebihan skil individu dan kualiti gelecekan yang sangat tinggi.

  • Roberto Firmino.

Liverpool FC merupakan kelab yang gah dengan sejarahnya dan Miracle itu kembali apabila mereka menjuarai UEFA Champions League 2018-2019 dan English Premier League 2019-2020. Firmino merupakan ayam tambahan dalam pasukan ini kerana dia seorang yang rajin berlari ketika dalam padang dan mempunyai stamina yang tinggi. Kelebihan Firmino dalam memainkan peranan The False 9 ini ialah dia sentiasa membuka ruang untuk pemain sayapnya iaitu Mohamed Salah dan Sadio Mane masuk ke dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.

  • Eden Hazard.

Seorang pemain lincah yang sentiasa mengatur langkahnya untuk menjaringkan gol. Pada zaman kendalian Antonio Conte, Hazard diberikan peranan sebagai The False 9 untuk pasukan Chelsea FC. Kebolehan dia ketika memainkan peranan ini ialah pandai dalam menarik keluar bek tengah dan bek sayap pihak lawan daripada posisi asal. Ianya merupakan mimpi ngeri bagi pemain pertahanan apabila terikut ikut dengan gaya permainan Hazard ini, sehinggakan posisi bek lawan kurang solid membolehkan pemain Chelsea yang lain masuk ke dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol. Namun sekarang, beliau banyak memanaskan bangku simpanan ketika berpindah ke Real Madrid CF.

Bagaimana cara untuk mengekang dan melawan The False 9 ini?

false 9
  • 4-2-3-1 Formation.

Taktik ini juga dikenali sebagai double pivot, iaitu menggunakan 2 Centre Defensive Midfielder di bahagian tengah padang untuk mengimbangi dengan mengawal ketat pergerakan pemain The False 9 ini.

  • The False Back line (False No 4 & 5)

Taktik mudah ini berlaku apabila salah seorang pemain Centre Back (biasanya memakai jersi 4 atau 5) dan sentiasa bertukar, akan sentiasa mengekori rapat pergerakan pemain The False 9 ini dan back line yang sebenarnya hanya terdiri dari 3 orang pemain sahaja, walaupun di atas kertas ianya bermain dengan 4 orang pemain pertahanan.

Kesimpulannya, setiap taktikal bolasepak sentiasa ada kelebihan dan kekurangannya. Alangkah indahnya, kalau taktikal seperti ini dapat diterapkan di Liga Super Malaysia bagi membuka ruang dan peluang untuk pasukan Malaysia bersaing di peringkat Antarabangsa.

Sumber: https://axello.net/nota-ringkas-wawa-false-9/

Semoga artikel ini akan dapat memberi manfaat kepada anda pembaca setia kami. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *