anak-anak sidek

Anak-anak Sidek Menjadi Buah Mulut Rakyat di Zaman Era 80-an Hingga 90-an

Sebut sahaja Anak-anak Sidek pasti berjaya mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan sukan badminton Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan antara kuasa besar dunia untuk sukan badminton selain China, Indonesia dan Denmark. Sejak dari dahulu lagi kita sudah dihidangkan dengan aksi menarik dari atlet badminton Malaysia. Antara nama besar yang bermain di fikiran adalah seperti Dato’ Lee Chong Wei, Wong Choong Hann, Hafiz Hashim dan generasi emas iaitu 5 beradik “Anak-anak Sidek”.

Hebatnya generasi emas Anak-anak Sidek ini hinggakan wujudnya terbitan cerita animasi kanak-kanak yang bertajuk “Anak-anak Sidek”. Cerita animasi ini mula dimainkan di kaca TV bermula pada tahun 1999. Cerita animasi ini menjadi antara top animasi pada ketika itu. Ditayangkan selama 3 musim dimana satu musim mempunyai 13 episod. Tidak cukup dengan itu, jualan buku kisah mereka ini juga mendapat permintaan yang tinggi dizaman persekolahan sekitar tahun awal 2000. Nah admin belanja sikit Video intro lagu animasi lagenda ni! Layannnn…

Credit Youtube Channel : Carl Haikal

Kakibawang.my ingin mengajak para pembaca mengenali lagenda 5 beradik ini dengan lebih dekat. Idola sepanjang zaman ini harus dikenang sepanjang hayat. Haji Sidek atau nama penuhnya Dato’ Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar adalah arkitek kepada kisah pembangunan hebat anak-anaknya.

anak-anak sidek
Siri Animasi Anak-anak Sidek
anak-anak sidek
Kisah Anak-anak Sidek Pernah Menjadi Teman Kanak-kanak Satu Masa Dahulu

Jom kenali kelima-lima wira hebat negara:

  1. Mohmed Misbun bin Haji Mohd Sidek
    • Lahir pada 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Misbun merupakan anak kedua daripada 6 beradik.
    • Di usia 16 tahun, Misbun terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara bagi bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Misbun juga terpilih ke Terbuka Australia.
    • Misbun terus mendominasi dengan melakar gelaran hatrik kategori bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah 21 pada 1979.
    • Ketika Misbun 18 tahun, beliau terpilih menjalani latihan bersama skuad Piala Thomas negara bersama dengan pemain senior ketika itu seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon, Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.
    • Sukan SEA Manila 1991, Misbun muncul juara dan memenuhi nazarnya dengan mencukur rambut ala ‘Mohican’ (botak di kiri kanan dengan rambut tebal menjurai di tengah).
    • Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India, Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).
    • Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki).
    • Misbun berjaya melahirkan hot prospek negara seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan Dato’ Lee Chong Wei.
  2. Mohamad Razif bin Haji Mohd Sidek
    • Dilahirkan pada 29 Mei 1962 di Banting, Selangor, merupakan anak kedua lelaki selepas Misbun. Beliau sering bermain secara beregu dengan Jalani.
    • Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.
    • Memenangi Piala Thomas buat kali pertama dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Negara pada 1992.
    • Razif melakar sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol pada 1992 dengan merangkul gangsa setelah tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.
    • Selepas bersara, beliau dilantik sebagai jurulatih Malaysia pada 1994 hingga 1996.
  3. Mohd Jalani bin Haji Mohd Sidek
    • Lahir pada 10 November 1963 di Banting, Selangor. Merupakan bekas pemain badminton yang merangkul pingat gangsa bersama abangnya, Razif pada Sukan Olimpik 1992.
    • Jalani dan Razif merupakan regu yang digeruni. Chemistry antara dua beradik ini digelar sebagai ‘telepathic‘. Kekuatan mereka ialah pertahanan dalam rally yang panjang, di mana pihak lawan yang kurang sabar pasti akan melakukan kesilapan.
    • Anak-anak Sidek menjadi pemenang pingat Olimpik yang pertama untuk negara sejak penyertaan pada 1956 di Melbourne.
    • Detik paling bersejarah adalah Jalani menjadi pemain termuda yang memenangi gelaran Kejohanan All England pada 1982.
    • Selepas bersara, Jalani mengasaskan sebuah kelab badminton yang diberi nama Kelab Nusa Mahsuri, yang mana beliau menjadi penasihat sejak 1996.
    • Jalani bertanggungjawab dalam perkembangan duo beradik prospek negara iaitu Roslin dan Hafiz yang menjadi pemain badminton Malaysia.
  4. Abdul Rahman bin Haji Mohd Sidek
    • Lahir pada 20 September 1965 di Banting, Selangor.
    • Merupakan Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Ketua Jurulatih Program Pembangunan Badminton Junior Usahasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya/Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
    • Rahman pernah menjadi Juara Beregu Lelaki Terbuka Kanada; Juara Beregu Lelaki Terbuka Jerman; Naib Juara Berpasukan Piala Thomas; Juara Beregu Lelaki Terbuka Perak dan Juara Berpasukan Piala Thomas (1992)
  5. Abdul Rashid bin Haji Mohd Sidek
    • Anak bongsu Haji Sidek ini lahir pada 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor.
    • Merupakan bekas pemain badminton Malaysia yang merupakan pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 90-an.
    • Rashid menjadi pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior Kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.
    • Rashid memenangi gangsa perseorangan lelaki pada Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi.
    • Beliau menjadi pemain nombor satu dunia buat julung kalinya pada tahun 1997.
    • Beliau dikatakan yang paling handal di kalangan Sidek bersaudara, kerana ketangkasannya sewaktu permainan jaring dan ‘smash’ yang padu dan kencang.
    • Beliau diiktiraf antara perseorangan lelaki terbaik pernah dilahirkan Malaysia di era 90-an.
  • anakanaksidek
  • rambut aneh misbun
  • rashid sidek
  • thomas cup 1992

Terima kasih kepada generasi emas negara ini kerana mereka telah menaikkan nama negara di mata dunia dan sehingga ke hari ini, sukan badminton masih lagi penyumbang kejayaan manis buat negara dan mereka jugalah antara perintis kepada kejayaan negara kini. Terima kasih “ANAK-ANAK SIDEK

P/S: Besar hati kakibawang.my sekiranya ada syarikat yang boleh perbaharui kisah Anak-anak Sidek seperti cerita Doraemon- Stand By Me. InsyALLAH! Akhir kata Terima kasih Haji Sidek dan Majulah sukan untuk negara!

Sumber: kongsiberitakongsiartikel.blogspot.com

Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *