emas

Emas Simpanan Aset Jangka Panjang

Berita baik buat para membaca yang bijaksana, Bank Dunia mengeluarkan kenyataan bahawa harga emas dijangka bakal naik secara drastik pada tahun 2021 akan datang berdasarkan kajian yang mereka lakukan! Ini satu petanda positif terutama kepada anda yang memang sudah mengetahui kebaikan simpanan emas ini.

Pada tahun 2019, harga paling tinggi pernah dicatatkan adalah pada angka $1556.92/auns (bermula pada bulan Ogos hingga pada bulan September). Manakala harga paling rendah yang pernah dicatatkan adalah pada bulan April iaitu dengan harga $1266.18/auns. Ini adalah cerita pada tahun tersebut.

emas
Harga emas semasa. Satu gram emas bersamaan dengan RM270

Pada tahun 2020 pula, bermula sekitar bulan Januari dan Februari harganya dilihat naik secara mendadak sehingga telah berjaya mencatat harga $2033/auns pada bulan Julai 2020. Atau lebih mudah difahami pernah direkodkan harga bagi setiap gram pernah mencecah RM304 per gram pada 07 Ogos 2020. Gambar dibawah menunjukkan perbezaan harga tahun demi tahun 2018 sehingga 2020.

harga emas
Perbezaan harga mengikut tahun

Jika diimbau kembali pergerakan harga pasaran emas sebelum ini, pada tahun2011 harga tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada tahun 2011 adalah pada nilai $1920.80/auns. Akan tetapi, harga emas selepas itu terus menurun hingga paras harga $1046.29/auns pada tahun 2015.

Selama 6 tahun harga emas bermain dalam lingkungan harga $1100/auns ke $1300/auns, akhirnya harga pasaran dunia berjaya naik semula, keluar pada paras lingkungan. Dan ini menjadi titik tolak BIG WHY dari pandangan analisis mengapa harga pasaran dunia akan naik semula. Hal ini demikian kerana, pasaran emas berjaya memecahkan zon resistance yang tidak pernah dipecahkan sebelum ini. Jika harganya dapat memecahkan harga resistance pada tahun 2013 iaitu pada nilai $1600, maka harga pasaran dunia akan naik lagi!

Pada tahun 2020, perkara sama juga telah berlaku dimana harga resistance pada waktu ini adalah pada kadar $2000/auns. Harga pasaran dunia berjaya memecahkan harga tersebut dengan melebihi harga resistance. Ini adalah disebabkan faktor kebimbangan dunia terhadap peningkatan angka jangkitan wabak pendemik Covid-19. Masyarakat dunia dimomokkan dengan berita nilai mata wang sudah tiada nilainya kerana pendemik Covid ini. Jadi disebabkan itu, harga pasaran dunia bagi emas ini berjaya melepasi harga resistance itu.

COVID 19 With Gold Price
Sumber: www.buybackemas.my

Walaupun kini harga pasaran dilihat sedikit menyusut ekoran pengumuman Vaccine untuk wabak Covid-19, namun harga komoditi ini dilihat bakal mengalami kenaikan secara drastik sehingga dijangkakan bakal mencapai pada harga RM 500 per gram berdasarkan kajian & ramalan Bank Dunia. Situasi kenaikan harga pasaran ini berlaku adalah disebabkan ketidaktentuan ekonomi dunia yang bakal berlaku pada tahun 2021.

Setakat ini, syarikat farmasi di setiap negara dilihat sedang bersaing berlumba lumba dalam ujian menghasilkan vaccine yang berkesan untuk Covid-19. Akan tetapi, masih lagi tiada bukti kukuh yang memberitahu bahawa vaksin ini akan dapat melenyapkan wabak pendemik Covid-19 dari terus menular.

emas akan terjejas
Pengujian vaksin masih ligat dijalankan oleh pihak farmasi diseluruh dunia bagi mencari result yang terbaik untuk menghapuskan Covid-19

Berdasarkan kajian, vaksin untuk wabak Covid-19 ini hanya akan mengurangkan jumlah kes baru jangkitan untuk hanya beberapa bulan sahaja. Virus Covid-19 ini akan mengalami mutasi terhadap vaksin ini dan diramal Covid-19 ini akan meningkat secara mendadak pada tahun 2021. Pastinya kita tidak mahu perkara ini berlaku! Ingin ditekankan disini bahawa ini hanyalah ramalan sahaja. Berdoalah kepada tuhan agar pendemik Covid-19 ini berjaya dihapuskan dari muka bumi ini. InsyALLAH!

Namun beberapa faktor juga perlu ambil kira seperti amalan penjarakan sosial di dalam norma baharu yang tidak dipraktikkan oleh masyarakat yang menganggap mereka kalis virus dan ada yang redha dengan mengatakan “kita kena hidup dalam zaman Covid”! mentaliti ini seharusnya perlu dibuang dari benak fikiran masyarakat dunia.

Namun daripada segala permasalahan ini, Peningkatan kes Covid-19 yang dijangka akan meningkat secara mendadak pada tahun 2021 akan menyebabkan ramai pelabur membeli secara pukal untuk menyelamatkan kewangan masing masing. Hasilnya, harga pasaran ini dijangka akan meningkat sehingga mencapai 500/gram pada tahun 2021.

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan harga emas dijangka akan naik selain isu Covid-19.

  1. Adanya Krisis Ekonomi Dunia
  1. Berlakunya Perang
  1. Ketegangan Politik
  1. Nilai Matawang Amerika Jatuh
  1. Berlaku Inflasi

Jika dikaji semula, bermula dari bulan Mei 2019 sehingga bulan September 2019, harga pasaran berjaya sampai pada harga pasaran pada tahun 2013. Hal ini adalah disebabkan pada ketika itu berlaku pelbagai perkara di dunia seperti berlakunya serangan pada kapal tangki di Teluk Oman, tidak cukup dengan itu perang perdagangan antara dua negara besar iaitu Republic of China dan United State selain juga kadar faedah serta keadaan ekonomi United State yang melemah.

Manakala pada tahun 2020, pucuk pimpinan Donald Trump yang dikatakan teruk menyebabkan pelabur berasa tidak selamat dan kurang keyakinan dengan keadaan ekonomi United State ditambah dengan kadar inflasi yang meningkat secara tidak terkawal. Ini menyebabkan para pelabur tidak duduk senang pada ketika tu.

trump vs biden
Biden vs Trump di dalam pilihan raya United State

Di tambah pula dengan penukaran jawatan Presiden kepada Joe Biden yang bakal menjadi faktor utama kepada peningkatan harga pasaran dunia kerana prinsipnya yang ingin menetapkan agar separuh dari kekayaan dan aset United State adalah perlu disimpan dalam bentuk emas dan perkara ini menyebabkan para pelabur mula lari kepada emas kerana mereka sedia maklum pahawa ianya lebih selamat pada mana matawang dilihat dalam keadaan tidak stabil.

Pakar analisis meramalkan kitaran kegawatan ekonomi dunia yang berlaku 10 tahun sekali akan berlaku sepenuhnya pada tahun 2021. Walaupun sedikit lewat pada kitaran kali ini, namun simptom simpton yang dialami diseluruh dunia kini menjadi penyokong kuat kepada analisa ini.

Sebelum kegawatan ekonomi berlaku, nilai matawang dan pasaran saham dilihat akan melonjak tinggi dan selepas itu berlakunya krisis dan matawang serta pasaran saham dunia akan merudum jatuh. Pada ketika ekonomi sedang jatuh inilah harga emas akan melonjak naik ke paras harga RM 500 per gram. Pada waktu tersebut, ramai orang akan memandang emas sebagai asset penting dek kerana ianya merupakan sumber bumi yang ‘save haven’.

rm50
Apa barang yang boleh anda beli dengan RM50 di tahun 2021 nanti? Fikirkan

Kini ramai yang sudah faham dengan pelaburan emas fizikal. Ada masyarakat yang telah membelinya tidak kira dalam bentuk bar dana syiling atau sebagai perhiasan semata. Mereka menganggap emas sebagai satu aset penting dimasa akan datang!

Buat pelabur emas, 2021 merupkan tahun keemasan bagi mereka untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan mereka. Mereka boleh menjual semula emas yang mereka sudah beli beberapa tahun yang lepas kerana harga jual yang tinggi. Tapi terpulang kepada individu berkenaan. Jika mereka masih mampu bersabar sudah pasti pulangan yang lebih besar menanti mereka untuk 10 tahun yang akan datang.

Sumber

  1. Malaysia Politik
  2. Public Gold

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua para pembaca. Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Artikel Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *