img 2776

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ataupun lebih mesra dikenali sebagai TMJ menzahirkan rasa kagum dengan usaha pendakwah popula Ustaz Ebit Lew dalam misi kemanusiaan yang dijalankan di seluruh negara tidak mengira bangsa mahupun agama.

TMJ dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi

milik baginda bertitah, Ustaz Ebit Lew sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

ebit lew & TMJ
Ebit Liew berkesempatan bertemu TMJ

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas. 

“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Baginda bertitah demikian ketika menerima kunjungan pendakwah itu di kediaman rasminya di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Selain daripada itu, Baginda turut meluahkan harapan agar usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew dalam entri dimuat naik menerusi laman twitternya berkongsi, Tunku Ismail menyumbang sebanyak RM200,000 bagi membantu menjayakan misi kemanusiaan dilakukannya.

d1206b1a 3d88 4062 8886 eeb812f88c14 594 00000099cfe5fa6a file
Ebit Liew sempat menyerahkan cenderahati kepada TMJ sebagai tanda kenangan

Katanya, TMJ juga turut berkongsi hasratnya untuk menaja keseluruhan pasukan Ebit Liew menjalankan ibadah umrah bersama suatu hari manti.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

BACA JUGA: AKSI PERTAMA MESUT OZIL BERSAMA FENERBAHCE

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sahaja. Sedangkan saya cuma orang biasa. Daripada awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. 

“Kami selalu bermesej juga. Kata baginda paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. Raja Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga sempat memaklumkan pihaknya juga berminat untuk mengikuti jelajah Kembara Mahkota Johor suatu hari nanti.

InsyAllah! Jangan lupa untuk follow sosial media kami bagi mengikuti berita sensasi dan menarik! Terima kasih kerana menyokong kami kakibawang.my

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *